HitBTC Membekukan Akaun Pengguna menjelang Pelancaran Proof-of-Keys
Menurut beberapa sumber, bursa pertukaran kripto HitBTC telah membekukan akaun pengguna menjelang pelancaran Proof-of-Keys yang diadakan setiap tahun.
Pada 31 Disember 2018, syarikat tersebut membalas aduan terbuka di laman Reddit setelah pengguna tersebut menuduh syarikat itu menggantung permohonan pengeluaran duitnya. Pengguna Reddit PEDXS mengatakan bahawa dia telah lulus dalam proses KYC selepas menunggu selama 6 bulan untuk mendapat akses ke dalam akaunnya di HitBTC. Dia mengesahkan bahawa dia telah mengeluarkan sebahagian besar duitnya, dan dia meninggalkan sebahagian lagi dalam akaunnya untuk day trading.
Menurut PEDXS dalam aduannya, “Setelah berbulan menghantar 40 emel, HitBTC akhirnya membuka kembali akaun saya. Saya cepat-cepat mengeluarkan sebahagian besar simpanan, dan meninggalkan sedikit untuk jual beli. Saya membuat demikian keran HitBTC telah berjanji bahawa ‘tiada sekatan otomatik akan dikenakan’.”
Seorang lagi pengguna Reddit, LOOKATMYIQ juga mengesahkan bahawa dia menghadapi penolakan permohonan untuk mengeluarkan simpanannya.
PEDX menyatakan keraguannya bahawa HitBTC membekukan akaun penggunanya kerana pelancaran Proof-of-Keys tersebut. Kepada yang tidak tahu, Proof-of-Keys adalah satu pergerakan yang dimulakan oleh pelabur Bitcoin terkenal, Trace Mayer, yang meminta pedagang kripto mengeluarkan simpanan mereka yang didepositkan dalam perkhidmatan pihak ketiga pada setiap 3 Januari.
Tujuannya adalah untuk memberi akauntabiliti kepada perkhidmatan-perkhidmatan ini dengan cara menguji tahap kecairan mereka. Peristiwa ini akan melihat sama ada bursa pertukaran menyimpan kesemua deposit yang dimasukkan ke dalam private wallet mereka di masa yang lalu.
Beberapa pengguna telah mengatakan bahawa mereka merasa HitBTC akan gagal dalam ujian kecairan ini. Ini termasuk pakar teknologi John McAfee yang menggalakkan orang ramai boikot HitBTC pada awal tahun 2018. Menurutnya, “Bursa pertukaran telah menjadi sesuatu yang kita tentang pada asalnya. Kuasa mereka sangat besar. Contoh HitBTC yang telah meningkatkan penderitaan berjuta-juta orang miskin kerana mereka tidak mampu membayar kadar minima yang melebihi gaji bulanan mereka. Boikot mereka.”
Sumber:
Bitcoin Exchange HitBTC Freezes Customers’ Accounts ahead of Proof of Keys Event