Default – Above Header Ads

Hartanah Mewah Menerima Pembayaran dalam Kripto

Seorang pemilik hartanah di Greece ingin menjual tanah seluas 9,000 meter persegi di sebuah lokasi di pulau Greek yang terkenal, Lemnos. Tanah itu dijual dengan harga €180,000 dan pemilik tanah itu akan menerima pembayaran dalam bentuk matawang kripto.

Menurut senarai hartanah yang diterbitkan di Bitcoin Real Estate, tanah tersebut terletak lebih kurang 1km daripada bandar Moudros. Dalam penerangan tentang tanah itu, kedudukan tanah tersebut di atas paras laut menawarkan pandangan panorama bandar Moudros dan Laut Aegean.

Tanah yang besar itu hanya beberapa minit jalan kaki daripada bandar Moudros yang mempunyai banyak restoran, tavernas dan pasaraya runcit. Terdapat juga pantai-pantai cantik di situ. Sumber air dan elektrik disediakan, dan kelulusan untuk membina rumah atau memberi komisyen untuk projek lain juga dibenarkan.

Selain daripada itu, sebuah penthouse di Mexico juga ditawarkan dalam Bitcoin, Ether, Litecoin dan Zcash. Terdapat juga beberapa hartanah lain yang dijual melalui Bitcoin Real Estate, dan kebanyakannya menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin atau Ether. Penthouse yang mempunyai 3 bilik, 2 bilik air yang terletak di Cabo San Lucas, B.C.S, Mexico itu dijual dengan harga USD$775,000.

Walaupun keadaan pasaran kripto menurun sepanjang 2018, yang menyebabkan hampir semua harga matawang kripto jatuh secara mendadak, bilangan peniaga yang menerima pembayaran dalam bentuk matawang kripto kian meningkat. Seperti yang dilaporkan Cryptoglobe pada awal tahun 2018, sudah terdapat 1500 restoran di Denmark di platform Hungry.dk yang menerima pembayaran dalam Bitcoin.

Terdapat banyak tanda penerimaan matawang kripto sejak tahun ini, walaupun pasaran dalam keadaan bearish yang telah melihat projek-projek kecil gagal. Menurut carta yang dikongsi Jameson Lopp, seorang developer Bitcoin terkenal dan juga CTO di CasaHODL, bilangan ATM Bitcoin telah bertambah dua kali ganda kepada lebih 4,000 di seluruh dunia, menyambung trend perkembangan 100 peratus setiap tahun selama 3 tahun.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/bitcoin-adoption-luxurious-real-estate-properties-on-sale-for-crypto/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.