Default – Above Header Ads

BitTorrent akan Melancarkan Matawang Kripto Sendiri di Rangkaian TRON

 

BitTorrent, yang memangkin teknologi peer-to-peer untuk perkongsian fail di Internet, bakal melancarkan matawang kripto sendiri.

Dikeluarkan oleh BitTorrent Foundation yang beroperasi di Singapura, BitTorent Token (BTT) akan beroperasi dalam protokol tron, yang dibangunkan oleh Tron, yang juga mengambil Alih BitTorrent pada bulan Jun Tahun lalu. Syarikat itu mempunyai lebih 100 juta pengguna.

Pengasas Tron dan CEO BitTorrent, Justin Sun berkata dalam sidang akhbar,”Dengan satu langkah yang besar, kami akan memperkenalkan teknologi Blockchain kepada beratus juta pengguna di seluruh dunia dan memberi satu generasi baru pencipta content alat untuk mengedarkan content mereka secara langsung di web.”

Rancangan untuk mengeluarkan token itu mengikuti pengumuman Projek Atlas, yang diumumkan oleh BitTorrent pada hujung bulan Ogos. Projek Atlas adalah iterasi baru software P2P yang membolehkan pengguna membelanjakan atau mendapatkan kripto semasa berkongsi fail.

Dalam sistem sedia ada, pengguna perlu meletakkan fail ke dalam sistem untuk memuat turun sesuatu. Seperti yang diterangkan Sun, pengguna tiada insentif untuk menyimpan fail dalam rangkaian selepas mereka habis muat turun.

Dengan BTT, pengguna boleh membayar seseorang dengan fail itu untuk menghantarnya dan mereka boleh membayar untuk mendapatkan bandwith, supaya mereka boleh muat turun dengan lebih laju. Dengan ini, pemilik fail akan ada insentif untuk menyimpan lebih banyak fail dalam rangkaian, membolehkan pengguna lain memilih untuk muat turun dengan lebih cepat jika mereka mahu.

BTT adalah token TRC-10 dan menurut whitepaper BTT, Jumlah bekalannya adalah 990 bilion. BTT akan ditawarkan kepada akaun bukan dari Amerika Syarikat melalui Binance Launchpad, perkhidmatan listing untuk usahawan yang ingin mengumpul dana melalui penjualan token. Token ini akan diedarkan melalui airdrop yang akan diumumkan di Twitter Sun.

Token itu boleh digunakan di µTorrent Classic di Windows pada permulaan, kerana ia mempunyai paling banyak pengguna. Syarikat itu mengatakan Projek Atlas adalah backward-compatible, bermakna pengguna yang tidak mahu membelanjakan atau mendapatkan BTT masih boleh berkongsi fail bersama mereka yang ingin menggunakan sistem baru.

Sumber:

BitTorrent Is Launching Its Own Cryptocurrency on the Tron Network

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads