Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Matawang Kripto Pertama yang Menggunakan Teknologi Privasi Mimblewimble kini Live

 

Hari ini menandakan debut matawang kripto baru, Beam – salah satu daripada coin privasi yang implementasi protokol “mimblewimble” yang dinanti-nantikan.

Protokol mimblewimble, yang dinobatkan sebagai cara untuk membuat transaksi secara sulit dan tidak boleh dijejak, pertama kali muncul pada Tahun 2016, dan sudah dinanti-nantikan sejak itu.

Walaupun satu lagi matawang kripto, Grin, diperkatakan implementasi pertama protokol tersebut sejak penghujung tahun 2016, Beam yang dicipta hanya pada Mac 2018, dilancarkan di hadapan Grin. Developers Grin mengatakan bahawa mereka akan melancarkan coin mereka dalam beberapa minggu lagi, pada 15 Januari.

Beam, seperti Grin, menjuarai alternatif baru yang menambah privasi berbanding blockchain asal Bitcoin. Disebabkan itu, ia mendapat sokongan dari developer Bitcoin terawal seperti Jameson Lopp, yang menerbitkan tweet pada bulan September lalu tentang dua projek ini dan pelancarannya.

Walaupun kedua-dua teknologi lebih kurang sama, Beam dijalankan oleh sebuat startup yang bertujuan untuk menyerahkan operasi projek itu kepada pertubuhan non-profit, manakala pembangunan Grin pula Bergantung sepenuhnya kepada sumbangan komuniti.

Seperti yang diterangkan dalam GitHub rasmi Beam, pengguna boleh membuat keputusan mereka sendiri “maklumat yang mana yang perlu ada untuk pihak mana, dan mengawal sepenuhnya data peribadi selari dengan undang-undang.”

Dalam erti kata lain, ini bermakna Beam akan mempunyai pilihan untuk ketelusan, yang boleh memberi kelebihan kepada bisnes yang ingin menggunakan coin tersebbut tetapi memerlukan maklumat selanjutnya tentang orang yang bertransaksi dengan mereka.

Tambahan lagi, Beam juga membina teknologi tambahan yang dikenali sebagai Dandelion yang telah dilancarkan setahun selepas whitepaper mimblewimble dikeluarkan. Dandelion fokus kepada mengaburkan aktiviti trafik dalam rangkaian dengan cara merawakkan hala tuju transaksi dalam rangkaian tersebut.

Berikutan pelancaran Beam, 20 peratus daripada ganjaran blok akan dihantar ke dalam tabung dana yang merangkumi pengasas, pelabur dan pertubuhan Beam. Sama seperti matawang kripto privasi, Zcash, ganjaran blok ini akan diedarkan secara berperingkat dalam masa 5 tahun.

Kedua-dua matawang kripto yang dibina atas mimblewimble akan menjalankan ICO, dan dalam kes Beam, developer team Beam menggalakkan pengguna melombong secara langsung dari platform baru Beam untuk mendapatkan coin.

Sumber:

https://www.coindesk.com/the-first-cryptocurrency-to-use-mimblewimble-privacy-tech-is-now-live

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.