Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Satoshi Nakamoto: Pencipta Bitcoin Misteri adalah Orang Ke-44 Terkuat dalam Kewangan di Dunia

 

Seorang yang tidak mempunyai muka yang dipanggil Satoshi Nakamoto telah mendapat tempat dalam Senarai 100 Tokoh Kewangan Terhebat di Dunia, meninggalkan personaliti terkenal seperti Mark Zuckerberg, Kristalina Georgieva dan Paul Krugman di belakang.

worth.com telah menamakan Satoshi Nakamoto sebagai individu ke-44 terkuat dalam kewangan. Pseudonim itu, yang boleh menjadi perempuan atau lelaki, seorang individu atau sekumpulan individu, alien atau hidupan Bumi – atau apa-apa pun, adalah entiti di belakang kewujudan Bitcoin, protokol pembayaran peer-to-peer pertama di Dunia yang telah menjadi pasaran bernilai berbilion dolar merangkumi beribu-ribu startup teknologi dan kewangan.

Bitcoin membolehkan pengguna menghantar dan menerima bayaran secara langsung sesama sendiri tanpa memerlukan institusi pembayaran. Ia mengekalkan rekod transaksi dalam lejar awam yang dipanggil Blockchain – melakukan semua aktiviti bank – dengan kos yang rendah dan tempoh yang pantas.

Bitcoin dianggap sebagai senjata untuk menentang sistem fiat yang mesra-inflasi. Nakamato memperkenalkan had bekalan 21 juta ke atas Bitcoin, dan bekalan terhad ini menjadikan Bitcoin lebih sedikit daripada emas, dan punca mengapa spekulator mendagangkan matawang kripto ini di pasaran.

Spekulasi yang sama yang menjadikan Nakamoto seorang yang sangat kaya, menurut worth.com.

“Nakamoto dipercayai memiliki 980,000 Bitcoin – anggaran sebanyak 5 peratus daripada keseluruhan bekalan Bitcoin – menjadikkannya nilai bersih sebanyak USD$19.4 bilion pada harga tertinggi Bitcoin. Ia juga cukup untuk membolehkan Nakamoto membanjiri pasaran dan menjatuhkan nilai Bitcoin dengan mendadak jika dia membuat keputusan untuk mencairkan Bitcoinnya – sama ada untuk mengaut keuntungan atau membuktikan satu point filosofi – walaupun ia agak mustahil.”

Blythe Masters, bekas ketua pegawai eksekutif di Digital Asset Holdings iaitu sebuah firma pembangunan Blockchain di New York, menduduki tempak ke-27 dalam senarai yang sama. Pengalaman beliau di Wall Street telah membantu Digital Asset mendapatkan klien besar dalam sektor perbankan, Contohnya Australian Securities Exchange dan Google.

Satu lagi selebriti kripto, Kelly Loeffler, CEO Bakkt, platform futures Bitcoin yang disokong ICE juga masuk dalam senarai tersebut di tempat ke-72. Menurut profilnya, “jika Bakkt berjaya, ia bukan sahaja akan menambah keyakinan pelabur, namun akan memberi kelebihan kepada ICE mengatasi startup lain dalam pasaran ini.”

Pada tahun 2015, Profesor di UCLA Bhagwan Chowdhry berusaha untuk mencalonkan Nakamoto untuk Nobel Prize for Economic Sciences. Namun begitu, the Royala Swedish Academy of Sciences berkata ia hanya akan menerima pencalonan individu anonymous dengan syarat dia mendedahkan identitinya.

Komuniti kripto menyatakan kekewaan mereka tentang perkara ini, tetapi mengeluarkan spekulasi tentang bagaimana agensi kerajaan akan Melayan Satoshi Nakamoto yang sebenar jika identitinya didedahkan. Persoalan juga timbul sama ada Nakamoto sepatutnya diberi kredit sepenuhnya untuk mencipta Bitcoin memandangkan dia mendapat sokongan dari ramai penyelidik.

Sumber:

Satoshi Nakamoto: Mysterious Bitcoin Creator World’s 44th Most Powerful Person in Finance

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads