Default – Above Header Ads

Chile Ingin Menggunakan DLT untuk Kutipan Cukai yang Tidak Boleh Diseleweng

 

Jabatan Perbendaharaan Chile kini meneroka teknologi Blockchain untuk menyelaraskan program kutipan cukai negara itu.

Kerajaan Chile telah mengambil langkah ini disebabkan kerugian yang dialami dalam proses mengutip cukai. Program baru di bawah pertimbangan itu akan menggunakan DLT untuk mencipta sistem otomatik kuadratur yang tidak boleh diseleweng yang menggunakan sebilangan nod.

Sistem sedia ada telah menyebabkan kerugian pada setiap bulan di tambah lagi dengan perkongsian maklumat antara Jabatan Perbendaharaan dan tiga organisasi lain yang menambah kerumitan proses itu. Penggunaan program baru berdasarkan Blockchain akan memastikan cukai yang dikutip dipindahkan kepada majlis perbandaran melalui sistem perbankan. Apa-apa gangguan dalam proses ini dapat dikesan dan dinafikan kerana semua maklumat klien akan disimpan dalam nod-nod yang tidak boleh diseleweng.

“Pada hari ini, Transformasi Digital akan membolehkan kami menjadi lebih efisyen, lebih efektif, dan lebih dekat dengan pembayar cukai dan juga pengguna. Kami akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.”

Kedua-dua kerajaan Filipina dan Thailand sudah integrasi DLT dalam program kutipan cukai mereka dalam beberapa bulan yang lalu. Di UK, ahli parlimen Eddie Hughes, seorang yang lantang dalam mempromosi Blockchain dan matawang kripto, telah mencadangkan rakyat untuk diberi pilihan untuk membayar cukai majlis kepada penguatkuasa dalam bentuk kripto seperti Bitcoin atau Ether.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/chile-looks-to-incorruptible-tax-collection-using-dlt/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads