Default – Above Header Ads

OTCXN Menyambut OSL Hong Kong sebagai Pembekal Kecairan Matawang Kripto

 

OTCXN, syarikat infrastruktur pasaran kapital yang berdasarkan Blockchain hari ini mengumumkan OSL, syarikat broker OTC aset digital terbesar di benua Asia Pasifik telah menyertai rangkaian OTCXN. OSL kini adalah pembekal kecairan dalam matawang kripto untuk pelanggan institusi OTCXN yang sedang dibangunkan.

“Kami sangat bersuka cita menyambut OSL yang menyertai rangkaian kami sebagai Core Liquidity Provider. Dengan adanya peserta besar seperti OSL membekalkan kecairan kepada rangkaian kami adalah tanda kekuatan nilai asas kami – membuang risiko penyelesaian dan trading counterparty. 

Kehadiran peserta besar seperti OSL mempercepatkan Perkembangan rangkaian OTCXN dan mengurangkan risiko dan mengskalakan perdagangan kripto secara efisyen ke seluruh ekosistem. Kami menanti untuk bekerjasama dengan OSL untuk menawarkan perkhidmatan kepada klien kami,”menurut CEO dan pengasas OTCXN, Rosario M. Ingargiola.

“Di OSL kami tidak sabar untuk menikmati kelebihan penting yang ditawarkan rangkaian OTCXN, salah satu penyelesaian infrastruktur yang mempunyai impak paling besar yang diperlukan oleh ekosistem matawang kripto untuk pengskalaan. 

Dan pada masa yang sama kami mengembangkan bisnes kami secara global, kami menyambut pembuangan risiko penyelesaian kontrak dan trading counterparty yang dibawa OTCXN, bersama-sama dengan peningkatan tahap efisyen kapital dan keselamatan cagaran,”menurut Ketua Perdagangan OSL, Ryan Rabaglia.

Pada awal suku tahun pertama, OTCXN akan melancarkan enjin padanan berkuasa tinggi, LiquiMatch, sebagai hibrid ECN Dark Pool dan Lit Central Limit Order Book untuk matawang kripto. Klien dalam rangkaian itu akan berupaya untuk berdagang menggunakan kecairan di seluruh platform perdagangan OTCXN termasuk lokasi OTC Block Trading sedia ada, melalui satu akaun cagaran dengan penjaga yang dipilih.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Tambahan ke atas pengendalian arahan dark dan lit, LiquiMatch juga memberi purata sebut harga pembuat pasaran (market maker), dan juga pencairan petukaran luar, di mana semua adalah aset yang boleh didagangkan tanpa hubungan kewangan secara langsung dengan counterparty atau meletakkan aset ke dalam paltform pertukaran tadi.

Sumber:

OTCXN welcomes Hong Kong’s OSL as new cryptocurrency liquidity provider

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.