Default – Above Header Ads

Parlimen Malta Nafi Dakwaan Tiada Aktiviti berkaitan Matawang Kripto

 

Ketua Pembangkang Malta, Adrian Delia menghadapi kecaman atas kritikannya terhadap kedudukan pro-kripto kerajaan. Komen Delia dilaporkan oleh akhbar harian nasional, The Malta Independent pada 6 Januari 2019.

Malta, yang mempunyai presiden – Joseph Muscat – yang selalu memuji kedua-dua matawang kripto dan teknologi Blockchain, ingin menjadi apa yang dinamakan “pulau Blockchain”.

Walaupun Malta telah menandatangani perjanjian yang sangat banyak dan menyambut kedatangan bisnes kripto seperti bursa pertukaran kripto Binance tahun lepas, Delia tidak yakin dengan trajektori sedia ada.

Bagi Delia, ketiadaan aktiviti dalam beberapa minggu yang lalu adalah sesuatu yang merisaukan.

Menurut The Malta Independent, yang tidak memetik Delia secara langsung, dia mempertimbangkan bahawa,”Malta diangkat sebagai Pulau Bitcoin oleh kerajaan tetapi kerajaan masih lagi senyap sejak cuti Krismas tentang semua perkara.”

Selepas komennya, Parliamentary Secretariat for Financial Services, Digital Economy and Innovation Malta membalas balik dengan menyatakan bahawa Ibu negeri Malta, Valetta “akan memberi ketenangan fikiran dan perlindungan untuk matawang kripto seperti Bitcoin.”

Usaha sedang dijalankan untuk memastikan rakyat lebih peka tentang scam dalam industri tersebut, tambah Sekretariat negara itu.

Pada bulan Oktober 2018, Malta adalah salah satu daripada tujuh ahli EU yang menandatangan deklarasi untuk mempromosi penggunaan Blockchain.

Delia kini berdepan dengan beberapa panggilan untuk menarik diri dari kedudukannya atas tuduhan penderaan domestik, tuduhan yang dinafikan Delia sambil menambah dia akan kekal dalam pekerjaannya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/maltese-parliament-rejects-claims-of-inactivity-on-cryptocurrency-by-opposition-leader

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads