Default – Above Header Ads

Telekom Gergasi China Membangunkan Permbersih Air berdasarkan Blockchain

 

Syarikat telekomunikasi gergasi China Mobile berusaha menunjukkan kepada pengguna biasa nilai Blockchain dengan menggabungkan teknologi itu dengan produk rumah biasa.

Unit IoT syarikat itu telah membangunkan pembersih air yang mempunyai cip dan modul IoT. Seperti peranti yang berhubung dengan IoT yang lain, ia akan mengumpul maklumat berkenaan tingkah lagu pengguna, yang akan menjadi bernilai buat pengeluar dan pembekal.

Tetapi menurut Xiao Yi, pengarah pemasaran produk di China Mobile IoT, alat pintar ini akan berbeza dari yang lain dengan memberi pengguna sesuatu kembali untuk maklumat mereka – dan di situ di mana Blockchain masuk.

Bergantung kepada berapa lama dan kebiasaan pengguna menggunakan produk itu, dan mereka akan menerima token Blockchain yang dinamakan PWMC, di mana mereka boleh gunakan untuk menebus pengganti filter, atau membeli barangan lain.

Sistem ganjaran ini akan memberi insentif kepada penggunaan yang tiada pada produk IoT lain, Xiao Yi berkata, pada masa yang sama menjadikan Blockhain lebih mudah diterima untuk orang biasa yang tidak menghabiskan masa mendagangkan matawang kripto.

“Matlamat kami adalah untuk menarik mereka yang tidak berada dalam komuniti matawang kripto atau Blockchain, yang mungkin pernah dengar tentang teknologi ini tetapi tidak memahaminya,” Xiao memberitahu CoinDesk, menambah: “Untuk menggalakkan penggunaan lebih meluar, kita perlu mengubah sesuatu yang tampak profesional kepada sesuatu yang biasa.”

Pembersih air itu masih jauh daripada produk pasaran besar. Sekarang ini, ia hanya boleh didapati melalui kempen crowdfunding yang dijalankan selama sebulan di platform e-commerce gergasi China, JD.com, dengan matlamat untuk mengumpul sebanyak 200,000 yuan atau USD$30,000 menjelang 21 Januari. (Pembeli hanya akan mendapat peranti: token perlu diperolehi melalui penggunaannya).

Penjualan itu dijalankan oleh Chain Infinity, syarikat yang beroperasi di Guangzhou yang ditubuhkan oleh kerjasama antara unit IoT China Mobile, Jingtum dan MOA, dua lagi startup Blockchain di China.

Projek itu dimulakan pada penghujung tahun 2017. Selain daripada memberi insentif untuk penyertaan pengguna dengan token, Xiao berkata bahawa tujuan utama unit IoT China Mobile berpindah ke Blockchain adalah kerana ciri unik teknologi yang merekod data tanpa boleh diseleweng.

Peranti itu mempunyai cip dan modul IoT yang memastikan ia berhubung dengan internet tanpa memerlukan wi-fi, dan boleh berjalan sebagai nod individu supaya maklumat penggunaan boleh direkod dalam rangkaian.

Menurut Xiao, maklumat ini akan direkod di SWTC, Blockchain Awam yang dibina atas algoritma konsensus byzantine fault tolerance yang dilancarkan oleh rakan kongsi teknikal China Mobile, Jingtum.

Sumber:

https://www.coindesk.com/telecom-giant-china-mobile-is-developing-a-blockchain-water-purifier

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.