Empat lagi Perniagaan Mendapat Lesen dari Kerajaan Thailand
SEC di Thailand mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan perlesenan emapt perniagaan kripto daripada tujuh permohonan untuk beroperasi di negara itu di bawah Emergency Decree on Digital Asset Business B.E. 2561 (2018).
Sebelum Perkembangan ini, ketujuh-tujuh perniagaan kripto itu diberi hak sementara untuk beroperasi di bawah akta yang sama, sambil menunggu permohonan mereka diluluskan.
Seperti dalam pengumuman itu, tiga daripada perniagaan yang mendapat lesen adalah bursa pertukaran kripto, dan yang keempat adalah broker aset digital. Keempat-empat perniagaan tersebut adalah Bitcoin Exchange Co Ltd, Bitkub Online Co Ltd, Satang Corporation dan Coins TH Co Ltd.
Dua permohonan lesen untuk bursa pertukaran kripto dari Cash2coin Co Ltd dan Southeast Asia Digital Exchange Co Ltd ditolak kerana gagal memenuhi kriteria untuk kelulusan dari segi sistem operasi. Ini termasuk “sistem untuk penjagaan aset klien dan proses KYC tidak konsisten dengan standard SEC, pada masa sama tahap keselematan IT dan sistem sekuriti siber mereka tidak boleh disahkan”.
Disebabkan penolakan itu, penguatkuasa kewangan Thailand memberi Cash2coin dan SEADEX tempoh sehinggan 14 Januari 2019 untuk menghentikan semua operasi perniagaan yang sebelum ini dibenarkan di bawah hak sementara. Namun, SEC Thailand berkata kesemua pemohon yang ditolak boleh memohon di masa hadapan jika mereka memenuhi kriteria permohonan.
Satu lagi permohonan dari Coin Asset Co Ltd masih lagi di bawah review oleh penguatkuasa Thailand kerana perubahan organisasi dalam lembaga eksekutifnya. Selagi itu, perniagaan itu boleh meneruskan operasinya secara normal.
Industri kripto Thailand memenuhi ruangan akhbar di tahun 2018: termasuk undang-undang ketat yang membebankan promoter dan perniagaan kripto di negara itu. Thailand hanya mengubah pendiriannya terhadap perkembangan industri itu dengan rangka undang-undang yang lebih bertimbang rasa.
Tahun lepas, menteri kewangan Thailand Apisak Tantivorawong mengatakan bahawa undang-undang baru “perlu untuk mengawal selia matawang kripto dan token digital untuk menghalang penggubahan wang haram, pengelakan cukai dan jenayah”.
Tambahan lagi, lebih 50 projek ICO dan matawang kripto telah memohon lesen untuk beroperasi di negara itu pada bulan Ogos 2018, menunjukkan minat yang tinggi terhadap aset digital. Setiausaha Jeneral SEC Thai berkata bahawa “perdagangan aset digital dan matawang kripto di pasaran Thai adalah aktif.”
Negara itu juga menunjukkan minat dalam implementasi teknologi Blockchain kepada ekonominya. Pengarah Jeneral Bahagian Pendapatan Thailand Ekniti Nitithanprapas berkata Blockchain dan machine learning akan diimplementasi untuk isu pengelakan cukai.
Sumber:
https://bitcoinnews.com/thai-crypto-regulation-makes-progress-as-4-crypto-businesses-get-licenses/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.