Vinny Lingham Menjangka Harga Bitcoin untuk Dua Bulan antara $3,000 dan $5,000
Vinny Lingham, CEO platform identiti berdasarkan Blockchain, Civic, telah mengulang kaji jangkaan harga Bitcoinnya dalam masa pendek pada 11 Januari, memberitahu rangkaian Berita Kewangan Cheddar bahawa matawang kripto itu boleh jatuh ke bawah paras $3,000.
Dalam satu temu bual, Lingham, yang sebelum ini menjangka BTC/USD akan berdagang antara $3,000 dan $6,000 dalam beberapa bulan akan datang, berkata pasaran itu akan “breakout atau breakdown.”
“Realitinya adalah Bitcoin mungkin akan didagangkan antara $3,000 dan $5,000 untuk sebulan lagi atau dua sementara ia menentukan ke arah mana ia akan tuju,” dia berkata, dan menambah:
“Bila ia menjumpai arah itu, ia akan menjadi sama ada breakout (ke atas) atau breakdown (ke bawah).”
Lingham bercakap selepas Bitcoin kehilangan sokongannya pada paras $4,000 dan jatuh sebanyak $250 dalam masa beberapa minit pada hari Khamis.
Pergerakan tidak stabil yang diperbaharui itu berikutan beberapa hari pergerakan mendatar, membatalkan kenaikan yang dicapai awal minggu itu.
Altcoin pula telah bergerak dengan lebih banyak daripada Bitcoin, dua puluh aset teratas mengikut modal pasaran kehilangan sehingga 11.3 peratus dalam 24 jam sebelum berita ini diterbitkan pada hari Jumaat.
CVC token milik Civic , seperti kebanyakan matawang kripto yang lain dari kemeriahan ICO di tahun 2017, kini berdagang di bawah harga sewaktu ia dikeluarkan, tetapi ia bukan satu masalah untuk syarikat itu, Lingham memberitahu Cheddar.
“Kami hanya terjejas dengan sedikit,”katanya,”kami mengambil dana terkumpul semasa ICO dan memegangnya dalam bentuk tunai, jadi kami tidak begitu terjejas seperti orang lain dalam ruangan ini – mereka yang memegang Bitcoin dan Ethereum pada harga yang sangat tinggi.
Sumber lain memberi amaran kepada harga rendah Bitcoin yang akan datang termasuk pedagang veteran Tone Vays, yang di bulan Disember telah mendakwa lantai Bitcoin akan jatuh sehingga ke bawah $1,300.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.