Bank India Memaksa Pengguna Berjanji Tidak akan Menggunakan Bitcoin
Berikutan peraturan baru daripada Bank Rizab India melarang bank daripada memberi perkhidmatan kepada bisnes matawang kripto, sesetengah bank di India mengambil langkah drastik untuk tidak menggalak penggunaan matawang kripto, dan dilaporkan meminta pelanggan menandatangani kontrak mengatakan bahawa mereka tidak akan menggunakan apa-apa matawang kripto sebagai sebahagian daripada terma perjanjian mereka.
Langkah baru ini secara efektif memaksa pelanggan untuk memilih antara bank dan kripto, sesuatu keputusan yang Mungkin sukar bagi ramai penyokong dalam pergerakan matawang kripto ini. Sementara ramai yang mengharap matawang kripto akan mengganti perbankan tradisional sepenuhnya, dan infrastruktur untuk melakukannya tidak cukup lagi, dan tindakan yang diambil oleh bank dalam skala yang besar pada waktu ini akan membuatnya ia lebih sukar untuk menggalakkan penggunaannya – sesuatu yang kemungkinan besar adalah matlamatnya.
@DesiCryptoHodlr seorang pengguna Twitter telah tweet gambar terma dan syarat yang dikenakan Kotak Mahindra Bank sebagai contoh tindakan ketat yang dikenakan kepada pengguna kripto. Salah satu syarat yang perlu dipatuhi, menurut gambar itu adalah:
“Berdasarkan peraturan yang dikuatkuasa oleh RBI, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya tidak akan membuat apa-apa transaksi berkaitan matawang kripto, termasuk Bitcoin. Saya juga faham dan bersetuju bahawa Bank mempunyai hak untuk menutup akaun saya tanpa persoalan jika saya ditemui melakukan transaksi tersebut”.
Amaran sama juga tertera di skrin ATM bank itu.
Bank itu mendakwa ia bertindak mengikut peraturan yang ditetapkan RBI, dan pengguna Twitter itu menyatakan bahawa ia hanya salah satu daripada banyak bank yang memaksa penggunanya berjanji tidak akan menggunakan kripto jika mereka mahu menerima perkhidmatan bank.
Seorang lagi pengguna Twitter @IAmCryptoLegend berkata tindakan yang sama dibuat di negara jiran India, iaitu Pakistan.
Bank Pusat India telah mengambil kedudukan menentang matawang kripto, menggunakan isu seperti keselamatan dan harga yang tidak stabil. Gabenor bank pusat, Raghuram Rajan mengakui Bitcoin menarik, dan menekankan keyakinannya bahawa India dan Mungkin masyarakat sedunia, secara am, akan bergerak ke arah “cashless society” di masa hadapan.
“Untuk kami di Bank Rizab, ini mungkin berlaku 10 hingga 20 tahun dari sekarang. Saya rasa matawang virtual akan menjadi lebih baik, dan lebih selamat dan di masa hadapan akan menjadi bentuk transaksi yang digunakan, itu yang pasti.”
Walaupun IRB tidak melarang matawang kripto dan rakyat India masih lagi bebas untuk menggunakan matawang kripto, trend bank tidak mahu memberi perkhidmatan kepada pengguna kripto semakin meningkat, dan memaksa mereka untuk memilih sistem masa hadapan yang masih berkembang ataupun sistem masa lalu yang sudah ketinggalan zaman.
Sumber:
https://www.ccn.com/indian-banks-force-customers-to-promise-not-to-use-bitcoin/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.