Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bank Pertama yang Menggunakan xRapid Ripple Mengumumkan Pelancaran

 

Bank pertama yang akan menggunakan xRapid yang dikuasakan XRP Ripple berkata ia akan menyempurnakan integrasi dengan teknologi itu dalam masa beberapa minggu.

Euro Exim Bank berkata ia akan mula menggunakan XRP dalam pembayaran merentasi sempadan dalam suku pertama tahun ini. Graham Bright, Ketua Bahagian Pematuhan dan Operasi, memberitahu American Banker ia merancang untuk menggunakan aset digital untuk menguasakan pembayaran ke 80 negara untuk demonstrasi kelajuan dan tahap efisyen matawang kripto.

“Terdapat banyak perbualan di pasaran tentang bagaimana teknologi blockchain boleh membantu dalam perdagangan kewangan. Kami berminat untuk maju ke hadapan dan mencipta platform untuk pembayaran buat klien kami di 80 negara buat masa ini, memastikan mereka mempunyai cara yang senang dan mudah untuk membayar orang tempatan.”

Standard kini untuk pembayaran antarabangsa adalah rangkaian global Swift, yang digunakan 11,000 bank dan institusi kewangan seluruh dunia. Menurut Bright, salah satu transaksi Euro Exim Bank di rangkaian Swift hilang pada bulan ini, menunjukkan contoh yang terbaik mengapa perubahan ke teknologi baru adalah perlu.

xRapid Ripple membolehkan bank dan institusi kewangan menghantar bayaran antarabangsa dengan cara menukar matawang tempatan kepada XRP. Aset digital ini kemudiannya akan dihantar merentasi sempadan dan ditukarkan kepada matawang tempatan negara yang menerimanya – dalam masa beberapa saat sahaja.

Ripple kini sudah bekerjasama dengan empat bursa pertukaran kripto untuk menjadi jambatan dan melaksanakan transaksi XRP melalui xRapid. Contohnya, bank boleh menukar dollar kepada XRP melalui bursa pertukaran Bittrex, yang akan menghantar XRP kepada bursa pertukaran di Mexico, Bitso. Sebaik sahaja Bitso menerima XRP, ia akan memproses pertukaran dari XRP kepada Peso, dan menghantarnya ke bank Mexico yang telah ditentukan secara langsung.

Ketua Bahagian Akaun Strategik Global Marcus Treacher berkata xRapid akan memberi syarikat antarabangsa cara yang baru untuk menghantar nilai tanpa perlu menyimpan wang dalam pelbagai matawang di seluruh dunia.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/01/12/the-first-bank-using-ripples-xrp-based-xrapid-reveals-imminent-launch-plans-to-power-payments-across-80-countries/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads