Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Hyperledger Memperkenalkan Fabric 1.4 LTS

 

Hyperledger mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan pelancaran jangka masa panjang Pertama dalam platform Fabrik yang dinamakan Fabrik 1.4 LTS. Hyperledger Fabrik telah mempercepatkan pembangunan dan pelancaran teknologi blockchain pada terasnya dan perkenalan Fabric v1.4 LTS melambangkan pelancaran sokongan jangka masa panjangnya.

Menurut laman web rasminya, Hyperledger Fabric adalah implementasi rangka blockchain yang dimiliki oleh The Linux Foundation. Hyperledger Fabric pada asalnya disumbangkan oleh Digital Asset dan IBM, hasil daripada hackathon pertama. Dibayangkan sebagai projek yang akan mempromosi pembangunan aplikasi dan penyelesaian dengan seni bina modular, Hyperledger Fabric membolehkan konsensus dan perkhimatan untuk ahli dalam bentuk “plug and play”.

Hyperledger Fabric menggunakan teknologi container  untuk menyimpan smart contracts yang dipanggil “chaincode” yang terdiri daripada logik aplikasi sistem tersebut. Operator rangkaian dan pembangun aplikasi telah bekerjasama dengan pembangun Fabric untuk mereka bentuk Fabrik 1.4 dengan fokus khusus kepada operasi pengeluaran dan kemudahan penggunaan untuk pembangun.

Memberi tumpuan kepada skalabiliti, Hyperledger Fabric telah implementasi penambahbaikan log, pemeriksaan kesihatan infrastruktur, dan metrik operasi. Pembangunan aplikasi desentralisasi telah menjadi lebih intuitif, kerana ia membolehkan lebih tumpuan kepada logik aplikasi.

Dua penambahbaikan juga ditambah: 1) Koleksi data peribadi kini boleh dipanggil dan 2) Kuasa akses boleh dikuatkuasakan secara otomatik dalam chaincode tanpa perlu menulis logik chaincode yang tertentu.

Hyperledger Fabric v1.4 LTS melambangkan pelancaran jangka masa panjang projek itu. Pelancaran terbaru ini mempunyai relevan istimewa kerana ia akan menjadi asas untuk mereka yang sudah mula melancarkan penyelesaian Hyperledger Fabric dalam pengeluaran.

Hyperledger Fabric semakin matang sejak pelancaran pertamanya dan Walaupun v1.4 LTS menandakan pelancaran pertama yang boleh dibuat dengan mudah, ia sudah pasti akan mempercepatkan penggunaan blockchain dalam industri lain. Maklumat lanjut tentang Hyperledger Fabric v1.4 LTS boleh dijumpai di nota pelancarannya.

Sumber:

https://btcmanager.com/hyperledger-introduces-fabric-1-4-lts-and-takes-another-step-towards-its-fabric-networks/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads