Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Perlombongan Mongolia Maju ke Hadapan dengan Pelaburan Jepun

 

Dengan pengumuman daripada syarikat Jepun Ginco yang akan mengembangkan kapasiti perlombongannya, Mongolia dijangka akan menikmati peningkatan dalam perlombongan kripto di tahun 2019, walaupun aktiviti perlombongan China semakin berkurang.

Syarikat itu yang dikenali dengan wallet kripto Jepunnya, akan menambah output sebanyak tiga kali ganda tahun ini, dari 600 pelombong kepada 1600 pelombong di daerah China itu.

Berita itu tidak dijangkan memandangkan perkembangan berita dalam sektor perlombongan kripto di China. Bitmain, yang di tahun 2018 menjalankan 11 Ladang perlombongan di China terpaksa membuang 3000 daripada pekerjanya pada Disember, kerana pertambahan yang cepat dari 1000 pekerja. Kenyataan terbaru dari pengeluar cip perlombongan kripto terbesar dunia juga mengatakan ia akan membuang sebanyak 50 peratus daripada pekerjanya tahun ini.

Berita Ginco datang sehari selepas Bitmain mengeluarkan satu lagi Berita buruk buat pelaburnya, mengatakan ia akan menghentikan pembangunan projek perlombongan mega di Texas kerana keadaan pasaran yang menurun yang telah menarik syarikat itu ke bawah sepanjang 2018.

Berita dari syarikat Jepun itu sudah tentu berita baik buat Mongolia, tetapi ia bukanlah mudah, menurut CEO Yuma Furubayashi yang tidak melihat operasi yang mudah. Dia mengatakan bahawa “keadaan bisnes ini sangat sukar, tetapi kami masih mendapat keuntungan.”

CEO tersebut juga menyiratkan bahawa syarikat itu mempunyai projek lain yang sedang menunggu selain daripada perkembangan perlombongan Mongolia: projek-projek itu termasuk menawarkan perkhidmatan pembaikan alat perlombongan sedia ada.

Sumber:

https://bitcoinnews.com/mongolian-mining-takes-a-leap-forward-with-japanese-investment/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.