Laporan SEC: Memeriksa Matawang Kripto Keutamaan di 2019
Pejabat Pemeriksaan Pematuhan (OCIE) di Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat menyenaraikan pasaran matawang kripto sebagai satu daripada enam tumpuan untuk aktiviti pemantauan pematuhan untuk 2019.
Menurut laporan bertajuk, “Keutamaan Pemeriksaan 2019”, OCIE menyatakan bahawa ia merancang untuk memantau aktiviti matawang kripto. Satu bahagian daripada laporan yang berkaitan dengan matawang kripto adalah:
“Memandangkan perkembangan signifikan dan risiko yang terdapat dalam pasaran kripto ini, OCIE akan berterusan memantau tawaran dan penjualan, perdagangan, dan pengurusan aset digital dan di mana produk itu adalah sekuriti, memeriksa untuk pematuhan peraturan. Khususnya, melalui pertanyaan di tahap tertinggi, OCIE akan mengambil langkah untuk mengenal pasti peserta pasaran yang menawark, menjual, mendagang dan mengurus produk-produk ini atau mempertimbangkan atau mencari untuk menawarkan produk-produk ini dan kemudian menilai aktiviti mereka.”
Untuk mencapainya, OCIE merancang untuk memeriksa aktiviti firma yang beroperasi dalam pasaran aset digital. Pemeriksaan ini akan meliputi penjualan, perdagangan, dan juga pengurusan aset matawang kripto. OCIE merancang untuk menumpukan perhatian kepada matawang kripto yang dikenal pasti sebagai sekuriti.
Menurut Pengarah OCIE, Pete Driscoll, “OCIE tegas dalam komitmennya untuk melindungi pelabur, memastikan integriti pasaran dan menyokong formasi kapital yang baik melalui strategi yang menumpukan kepada risiko untuk menambahbaik pematuhan, menghalang penipuan, memantau risiko dan memberitahu polisi.”
Mengenal pasti pasaran kripto sebagai satu keutamaan bukanlah perkembangna baru untuk OCIE. Pada tahun 2018, pasaran baru itu juga telah membentuk agenda OCIE. Namun begitu, mandat untuk 2019 nampaknya adalah sambungan kepada matlamat tahun lalu, yang tertumpu kepada risiko dan sekuriti.
Perkembangan tumpuan OCIE kepada aset digital datang sewaktu Penggubal Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat sedang cuba menubuhkan undang-undang yang berasingan untuk matawang kripto. Sesetengah pihak merasa bahawa SEC akan terlebih kawal selia industri itu, menyebabkan tahap inovasi dalam negara perlahan dari segi aset digital.
Pada Disember 2018, Reuters melapurkan bahawa ahil GOP merasa kecewa dengan kepimpinan SEC kerana pendiriannya bahawa kebanyakkan ICO adalah sekuriti. Laporan baru dari OCIE ini mengembangkan tumpuan pemeriksaan yang mungkin akan menambah kepada kerisauan mereka. Sementara itu, dalam SEC, Suruhanjaya itu berterusan menegaskan undan-undang ketat membawa kepada pasaran yang lebih selamat.
Sumber:
https://bitcoinist.com/sec-ocie-cryptocurrency-examine-2019/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.