Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Peraturan Matawang Kripto Malaysia Klasifikasi Aset Digital, Token sebagai Sekuriti

 

Peraturan matawang kripto Malaysia akan berkuatkuasa mulai Selasa, menurut laporan Reuters pada hari Isnin, 14 Januari.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, dilaporkan mengatakan bahawa Arahan Pasaran Kapital dan Perkhidmatan (Capital Markets and Services Order 2019) akan berkuatkuasa pada 15 Januari. Menurut Reuters, peraturan baru untuk mengklasifikasi matawang digital, token dan aset kripto sebagai sekuriti, meletakkan mereka dibawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

Bermula pada hari Selasa, sesiapa sahaja yang menjalankan ICO yang tidak diluluskan atau bursa pertukaran kripto di Malaysia akan berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara dan juga saman RM10 juta.

Menurut laporan berita tempatan, The Star, Lim Guan Eng menyatakan pendirian positif terhadap industri matawang kripto, menyatakan:

“Kementerian Kewangan melihat aset digital, dan teknologi Blockchain dibelakangnya, sebagai mempunyai potensi untuk membawa inovasi ke dalam industri lama dan baru.”

Lim Guan Eng juga mengatakan bahawa kementeriannya percaya aset digital menawarkan alternative untuk mengumpul dana dan juga kelas aset baru untuk pelabur.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, kerajaan Malaysia masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf matawang kripto dua hari yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/malaysian-cryptocurrency-regulation-to-classify-digital-assets-tokens-as-securities

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads