Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Kerajaan Negeri Vermont Melancarkan Pilot Insurans Blockchain

 

Kerajaan negeri Vermont di Amerika Syarikat akan melancarkan projek pilot Blockchain untuk industri insurans.

Kerajaan negeri itu mengumumkan pada hari Jumaat bahawa Pejabat Setiausaha Negeri Vermont dan Jabatan Kawal Selia Kewangan Vermont telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menjalankan pilot yang akan menilai potensi teknologi itu dalam penyimpanan rekod digital dan pendaftaran dan proses kawal selia.

Program percubaan itu akan memberi syarikat insurans – iaitu syarikat insurans berlesen yan ditubuhkan oleh entiti induk untuk perlindungan sendiri – dalam negeri itu pilihan untuk memfailkan pendaftaran dan melaporkan dokumen menggunakan teknologi Blockchain persendirian. Kerajaan negeri itu kini menyimpan dokumen dalam bentuk kertas dan salinan digital.

Vermont bermatlamat untuk mencipta rekod transaksi yang “telus dan disahkan” melalui Blockchain, pada masa yang sama mengurangkan kos berbanding cara penyimpanan rekod tradisional.

Jim Condos, Setiausaha Negeri Vermont, berkata:

“Pilot ini akan membolehkan kami menilai sama ada aplikasi teknologi Blockchain untuk penyimpanan rekod digital mampu menambah baik aspek proses kawal selia negeri.”

Kerajaan negeri itu sudahpun memulakan proses mengenal pasti vendor dengan kepakaran teknikal dan konsultan untuk program pilot itu, melalui proses permintaan maklumat (Request for Information).

Vermont adalah salah satu ketua dalam pasaran insurans persendirian di Amerika Syarikat, dengan kerajaan negeri itu mendaftarkan 20-40 syarikat baru dalam sektor itu setiap tahun, Menurut RFI.

Negeri itu telah melancarkan beberapa inisiatif Blockchain di masa lalu, termasuk menandatangani rang undang-undang pada bulan Mei yang lalu, yang membuka pintu untuk penciptaan syarikat sendirian berhad berdasarkan blockchain. Dan pada bulan Januari 2018, kerajaan bandar South Burlington telah bekerjasama dengan startup blockchain Propy untuk menguji sistem pendaftaran tanah menggunakan teknologi itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/vermont-state-government-launching-blockchain-insurance-pilot

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads