Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Bitmex Menutup Akaun di Amerika Syarikat dan Quebec

 

Bursa pertukaran Bitcoin futures BitMex, akan menutup akaun perdagangan di Amerika Syarikat dan Quebec di Kanada disebabkan peraturan yang semakin ketat di Amerika Utara.

Walaupun BitMex adalah salah satu platform perdagangan Bitcoin paling aktif di dunia dengan pendapatan lebih $928 bilion, platform perdagangan itu masih lagi risau dengan impak daripada peraturan ketat yang dikenakan.

BitMex dalam proses menutup akaun perdagangan di Amerika Syarikat dan Quebec berikutan tindakan penutupan bursa pertukaran kripto yang tidak berlesen. Platform perdagangan yang popular itu kini beroperasi di Hong Kong dan dikenali sebagai entiti yang menduduki bangunan paling mahal di pusat kewangan Asia itu.

Berita yang dilaporkan di South China Post berkata:

“Perkembangan ini datang pada masa sama syarikat yang beroperasi di Hong Kong ini memberitahu pengguna di Korea Utara, Iran, Syria, Cuba, Sudan dan Sevastopol di Crimea sejak suku keempat tahun 2018 untuk tidak berdagang di BitMex, memandangkan mereka mempunyai undang-undang ketat.”

Nampaknya BitMex bukan sahaja bersedia menghadapi pasaran menurun tetapi juga menjaga kepentingannya dan memastikan penggunanya diberitahu dan dilindungi daripada terjejas dengan peraturan ketat mengenai kripto.

Baru-baru ini badan penguatkuasa Kanada, Autorité des marchés financiers (AMF) mengatakan kepada SCP bahawa BitMex kini beroperasi secara haram di Kanada:

“BitMex tidak didaftarkan dengan AMF dan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan aktivti di Quebec. Kami telah memberitahu syarikat ini bahawa aktivitinya adalah salah dari segi undang-undang.”

Walaupun ini adalah sebab mengapa BitMex kini menarik balik akaun di Quebec, tiada berita menyatakan sebab mereka menghentikan operasi di Amerika Syarikat. Tetapi ramai yang menganggap mereka mengambil tindakan itu untuk sebab yang sama.

Sumber:

https://www.ccn.com/hong-kong-crypto-exchange-bitmex-shutting-down-trading-accounts-in-the-us-and-quebec/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads