Default – Above Header Ads

Bekas Gabenor Bank Pusat Perancis Menyertai Lembaga Pengarah Firma Setl

 

Firma teknologi Blockhain British, Setl, telah mengambil bekas gabenor bank pusat Perancis Christian Noyer sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Pelantikan baru itu disahkan dalam terbitan blog pada 17 Januari.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Setl adalah syarikat kewangan yang fokus pada teknologi Blockchain. Setl telah membina infrastruktur untuk pembayaran dan penyelesaian kontrak kewangan institusi berdasarkan Blockchain, dengan kapasiti lebih dari 1 bilion transaksi sehari.

Menurut pengumuman terbaru itu, Noyer telah menyertai lembaga pengarah Setl, membawa “pengalaman yang banyak dalam kewangan, pengawal seliaan, pengurusan ekonomi dan dunia perbankan pusat.”

Pengalaman profesional Noyer termasuk berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Bank Pusat Eropah, Gabenor Banque de France dari November 2003 ke Oktober 2015, dan juga perkhidmatan di jabatan perbendaharaan di Kementerian Ekonomi dan Kewangan Perancis.

Sebelum ini, lembaga pengarah Setl disertai oleh tokoh ternama seperti ahli bukan eksekutif Court of Bank of England, Sir David Walker, bekas Senior Information Risk Owner di Pejabat Komanwel dan Luar Negara United Kingdom, Martin Clements, dan bekas naib gabenor Bank of England, Rachel Lomax.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/former-governor-of-french-central-bank-joins-board-of-directors-of-blockchain-firm-setl

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads