Pengasas Bersama Bitcoin.org: Bitcoin Cash Sudah Mati, Akan Tidak Bernilai Beberapa Tahun Lagi
Hard fork Bitcoin Cash diangkat sebagai revelasi di dunia kripto dan pendefinisian semula Bitcoin itu, tetapi 18 bulan kemudian, ia telah jatuh dari kedudukan matawang kripto teratas. Crypto, pseudonim untuk pengasas bersama terkenal bitcoin.org dan bitcointalk.org telah mengatakan bahawa BCH adalah tidak berguna.
Dalam tweet yang diterbitkan pada 18 Januari, Cobra menyatakan bahawa Bitcoin Cash bukan sahaja hampir mati, ia sudah mati dan kerana tiada visi dan matlamat, nilai kripto itu akan jatuh ke $0 dalam masa beberapa tahun lagi.
Dia berkata dalam tweet:
“Bitcoin Cash sudah mati. Perlukan kepimpinan baru dan arah tuju/matlamat, jika tidak ia akan jatuh ke $0 dalam masa beberapa tahun.”
Apabila ditanya dalam komen tentang prospek “kepimipinan”, yang boleh disamakan dengan kuasa pusat satu matawang kripto, berlawanan dengan tujuan Bitcoin, Cobra menjawab:
“Ye, tetapi Bitcoin Cash bukan Bitcoin. Bitcoin boleh hidup tanpa ketua, tetapi Bitcoin Cash berlainan dan perlu ditunjukkan hala tuju.”
Satu lagi komen dari Ryan_Pafumi:
“Ia sudah lama tidak berguna, sama seperti semua fork lain. Kini ia hanya perlu dijatuhkan.”
Beberapa pengguna menyatakan keraguan berkenaan BCH selepas hardfork November 2018 yang melahirkan matawang kripto kesepuluh dalam pasaran, Bitcoin SV yang disokong Craig Wright dan Calvin Ayre dari nChain.
Satu lagi tweet, merujuk kepada hardfork Novemeber berkata:
“Melihat ke hadapan – Jual Bitcoin Cash 2 Minggu selepas fork berlaku, kerana tahu ia akan ke 0.”
Tidak boleh dinafikan, penyokong terkuat Bitcoin Cash adalah Roger Ver, CEO bitcoin.com, yang terbuka memuji hardfork Bitcoin itu. Ver juga menyokong hardfork Bitcoin Cash, Bitcoin ABC, yang kekal dalam harga rendah sejak kemunculannya.
Awal Minggu ini, Ver menyatakan, melalui tweet bahawa Bitcoin Cash 2019 adalah tujuan asal Bitcoin sewaktu ia dilancarkan. Dalam tweet yang sama, dia memasukkan whitepaper asal Bitcoin dan menekan ayat “sistem tunai elektronik peer-to-peer” yang diperkenalkan Bitcoin, yang dibawa oleh BCH kini.
Cobra membalas tweet Roger Ver dengan berkata:
“Perasan atau tidak ke mana whitepaper itu ditujukan? Kepada . ORG dan bukannya .COM palsu di mana Satoshi berkata “tiada kene mengena” dengan Bitcoin? Kamu yang menipu orang lain!”
Akhir sekali, pembangkan BCH juga menyampah dengan Ver dan domainnya bitcoin.com dan naratif BCH mereka. Kerana itu, John Carvallo, lelaki di belakang Bitcoin Error Log mencabar Roger Ver untuk ‘berlawan’ untuk hak bitcoin.com.
Sumber:
https://ambcrypto.com/bitcoin-cash-is-dead-will-be-worthless-in-a-few-years-bitcoin-org-co-founder/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.