Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pembayaran Bitcoin Mungkin Digunakan di Rakuten dalam Masa Terdekat

 

Dalam satu langkah yang mungkin mengesahkan dan memberi jalan kepada penggunaan matawang kripto lebih meluas untuk transaksi harian di laman web Rakuten, yang lebih dikenali sebagai ‘Amazon’ di Jepun, akan memperkenalkan Bitcoin sebagai salah satu cara untuk membuat pembayaran dalam laman web perdagangannya.

Gergasi Jepun, Rakuten, iaitu salah satu syarikat e-commerce dan internet terbesar, berkemungkinan besar akan memperkenalkan matawang kripto sebagai pilihan pembayaran dalam bulan April 2019 selepas penstrukturan semula syarikat itu. Ini adalah langkah ke hadapan untuk syarikat yang sudah menunjukkan kecenderungan mereka kepada pasaran matawang kripto selepas mereka pemerolehan matawang kripto tempatan ‘Everybody’s Bitcoin’ pada bulan Ogos 2018.

Pemerolehan pada bulan Ogos 2018 datang ketika ramai peniaga antarabangsa dan pengguna yang berkaitan dengan Rakuten memohon matawang kripto disenaraikan sebagai medium pembayaran dalam laman web itu.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat itu, selepas penstrukturan semula di bulan April, Rakuten Settlements akan bertanggungjawab untuk memproses semua transaksi Rakuten, termasuk transaksi yang dibuat menggunakan matawang kripto seperti Bitcoin. Everybody’s Bitcoin akan berhenti daripada menjadi medium pembayaran selepas Mac 2019.

Ini adalah satu lagi langkah maju ke hadapan Rakuten dalam penerimaan matawang kripto oleh orang awam. Walaupun terdapat hype, pandangan am terhadap matawang digital adalah keraguan. Jika seperti yang dicadangkan, Rakuten menyenaraikan Bitcoin sebagai medium pembayaran, ia akan menukar pandangan itu. Penggunaan matawang kripto yang dikuasakan blockchain sebagai medium pembayaran juga akan memastikan semua transaksi yang dibuat adalah cepat dan efisyen.

Tambahan lagi, ia mungkin menjadi tanda kesediaan syarikat e-commerce lain seperti Amazon atau Alibaba untuk eksperimen dengan blokchain untuk jangka masa pendek, untuk melihat keupayaannya memandangkan ramai pengguna yang memintanya.

Sumber:

https://ambcrypto.com/bitcoin-btc-payments-could-go-live-on-japanese-e-commerce-giant-rakuten-soon/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads