Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO Nasdaq : Kripto Masih boleh Menjadi Matawang Global Masa Hadapan

 

Adena Friedman, preside dan CEO Nasdaq Inc. berkata matawang kripto “berhak mendapat peluang untuk mencari masa depan yang mampan dalam ekonomi kita”, dalam satu terbitan di LinkedIn, pada 20 Januari.

Penulisan itu diterbitkan beberapa hari sebelum kemunculannya di World Economic Forum di Davos minggu ini – hari permulaannya adalah pada 22 Januari – Friedman berkata Nasdaq percaya kripto akan memegang peranan di masa depan, mencirikan “rekaannya sebagai demonstrasi hebat tentang genius dan kreativiti.”

Setakat ini, dia berkata, kripto telah berkembang melaluo apa yang dipanggil “kitaran rekaan kalsik” – dari perjalanan awalnya yang diketuai oleh pakar kriptografi dan ekonomi, kepada tempoh hype, penambahan pendatang baru dalam pasaran dan kini yang terbaru, “realiti”. Kripto kini berada di persimpangan, di antara dua arah:

“1) Sama ada inovasi bertemu dengan utiliti praktika diikuti bertahun-tahun kajian tentang progres yang stabil dan mampan, dan integrasi ke dalam fabrik ekonomi (e.g. Internet); atau

2) Rekaannya gagal mencapai penggunaan meluas dan aplikasi komersial sebagai medium pertukaran adalah terhad (e.g Segway).”

CEO itu berkata lagi jika kripto ingin berkembang menjadi rekaan yang praktikal dan boleh diguna pakai dengan nilai yang stabil ia memerlukan “pentadbiran dan pengawalseliaan yang jelas”. Dia juga mencadangkan yang kedua-duanya adalah pada asasnya, “antitetikal kepada matlamat asal matawang yang desentralisasi dan tidak boleh ditadbir.”

Menyentuh tentang keperluan pasaran pertukaran kripto yang telus dan adil, Friedman berkata Nasdaq menawarkan teknologi dalamannya untuk membantu startup pertukaran membentuk amalan terbaik.

Seperti yang dilaporka, Nasdaq telah menawarkan SMARTS Market Surveillance Technology kepada peserta industri besar seperti Gemini milik kembar Winklevoss, yang membolehkan platform itu memantau perdagangan yang mencurigakan untuk mengelak daripada manipulasi pasaran.

Awal bulan ini, DX Exchange, platform yang menggunakan Bursa Pertukaran Maklumat Kewangan (FIX) Nasdaq telah melancarkan perdagangan matawang kripto dan saham tradisional yang ditokenisasi.

Pada bulan Disember, ErisX pasaran institusi untuk spot dan futures kripto, mengutip $27.5 juta dari Nasdaq Ventures and Fidelity Investments.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nasdaq-ceo-crypto-could-still-become-a-global-currency-of-the-future

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads