Algoritma PoW Bitcoin Perlu Ditukar, Menurut Kajian BIS
Algoritma Proof-of-Work (PoW) yang digunakan Bitcoin dan beberapa matawang kripto lain tidak berdaya maju untuk jangka masa panjang dan perlu ditukar, menurut kajian baru dari Bank of International Settlements (BIS).
BIS, yang dianggap sebagai bank pusat untuk semua bank pusat, menerbitkan laporan kajian pada hari Isnin, mengatakan bahawa PoW – yang menggunakan rangkaian komputer berkuasa tinggi untuk melindungi rangkaian itu – “sangat mahal” dan satu-satunya solusi adalah untuk “beredar” dari menggunakan algoritma itu.
Penulis laporan itu, Raphael Auer, pakar ekonomi utama di Bahagian kewangan dan ekonomi BIS berkata terdapat dua had ekonomi yang asas kepada algoritma itu.
Pertama, Bitcoin terdedah kepada double-spending atau serangan 51 peratus, jadi ia memerlukan perlindungan berdasarkan PoW yang “sangat mahal”.
Kedua, apabila sistem berhenti memberi ganjaran Bitcoin kepada pelombong, algoritma itu tidak boleh menjana yuran transaksi “yang selari dengan matlamat untuk menjamin keselamatan pembayaran.”
“Pengiraan mudah mencadangkan apabila ganjaran blok menjadi kosong, ia boleh mengambil masa beberapa bulan sebelum pembayaran Bitcoin disahkan, melainkan teknologi baru digunakan untuk mempercepatkan proses pengesahan,”dia mencadangkan.
Oleh itu, Auer mencadangkan pembangunan teknologi Blockchain diperlukan untuk mempercepatkan pengesahan pembayaran untuk mengekalkan kecairan matawang kripto.
“Penyelesaian di lapisan kedua seperti Lighnting Network mungkin membantu,” dia berkata, “tetapi hanya jika penyelesaian asas adalah untuk beredar dari PoW, yang mungkin memerlukan koordinasi sosial atau institusi.”
Namun begitu, Lightning Network juga mempunyai isunya sendiri, dia menambah. Contohnya, terdapat trade-off antara tahap efisyen dan pemusatan dengan solusi penskalaan. Solusi itu, “bukanlah peluru ajaib, kerana mereka berdepan isu penskalaan sendiri,”katanya. Pada 3 Januari 2019, 362 daripada 544 Bitcoin komited berkaitan dengan satu laman web, bermakna dua pertiga kapasiti lightning pada waktu itu dikuasai satu entiti, menurut laporan itu.
Auer percaya ia penting untuk melihat gambaran besar dan menjawab bagaimana ekosistem kirpto boleh wujud bersama-sama ekosistem kewangan sedia ada dan menambah baiknya, bukan menggantikanya.
Sumber:
https://www.coindesk.com/bitcoins-proof-of-work-algorithm-needs-replacing-argues-bis-study
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!