Default – Above Header Ads

Airdrop CoinZest Gagal, Pengguna Menerima Kripto Bernilai $5.3 Juta

 

CoinZest, bursa pertukaran kripto Korea Selatan tiada pilihan dan terpaksa menarik balik semua transaksi dalam server selepas ia tersilap menghantar Bitcoin dan altcoin lain bernilai $5.3 juta kepada kliennya, dan bukannya token We Game (WGT) yang sepatutnya dihantar, menurut laporan media tempatan, CoindeskKorea pada 19 Januari.

Merujuk kepada sumber terdekat, CoinZest, bursa pertukaran kripto Korea Selatan telah mengalami masalah sistem yang besar semasa mereka cuba menjalankan airdrop.

Menurut laporan, bursa pertukaran itu sedang cuba menjalankan acara promosi yang melibatkan airdrop sebanyak 400 WGT kepada pelanggan yang terpilih. Namun begitu, operasi itu tidak berjalan dengan baik apabila bug dalam sistemnya memulakan pemindahan sejumlah besar Bitcoin, Ether dan aset kripto yang lain.

Memberi komen tentang peristiwa itu, team CoinZest mengatakan bahawa:

Bug itu telah menyebabkan berpuluh ribu Bitcoin dan aset digital lain dikredit ke akaun peribadi pengguna dan beberapa pengguna serta-merta menjual kripto itu, menyebabkan harga jatuh.”

Untuk menyelamatkan situasi, CoinZest mengatakan bahawa ia cepat-cepat membuat system reset melalui operasi pengembalian semula semua transaksi kepada keadaan normal sebelum “kesilapan komputer” itu berlaku.

Walaupun firma itu mendakwa ia telah mendapat kembali sebahagian wang melalui operasi itu, ia menyatakan bahawa sejumlah besar aset kripto masih lagi hilang dan ia telah memohon dari kliennya untuk memulangkan aset yang telah dikredit secara tidak sengaja kerana kesilapan itu.

Seorang pegawai bursa pertukaran itu berkata:

“Ia adalah normal untuk transaksi pelik seperti ini untuk berlaku sekali sekala, namun begitu apabila pelanggan mengeluarkan kripto itu disebabkan transaksi tidak sengaja ini, ia boleh dianggap sebagai mencuri.”

Sementara penguatkuasa Asia berusaha sedaya upaya untuk mendesak bursa pertukaran kripto di rantau itu untuk menguatkan sistem mereka melalui polisi yang ketat, senario Seperti ini menunjukkan masih banyak perlu dilakukan oleh penguatkuasa.

Pada bulan Februari 2018, BTCManager melaporkan tentang sistem pertukaran Zaif yang mengalami kerosakan yang menyebabkan kripto bernilai $20 trilion di hantar sementara kepada pengguna sebelum team Zaif cepat-cepat membetulkan kesilapan itu.

Sumber:

https://btcmanager.com/coinzest-airdrop-event-goes-wrong-customers-receive-5-3-million-worth-of-crypto/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads