Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Analisa Bitcoin Menunjukkan Tanda Harga Lantai, Harga Mungkin Naik Untuk Jangka Masa Pendek

 

Parameter teknikal penting menunjukkan matawang kripto teratas Bitcoin mungkin menemui harga lantai, dan akan menuju ke arah kenaikan harga untuk jangka masa pendek, menurut penganalisa di Bloomberg pada 22 Januari.

Indikator Kekuatan Global Teknikal (GTI) Bitcoin kini di 35.6, dan menurut Bloomberg “mendekati tahap terlebih jual” dan juga tahap terbawah sejak Disember. Parameter itu menunjukkan matawang kripto itu mempunyai sokongan kuat pada $3,000-$3,100 dan stabil dalam julat $3,500.

Bloomberg menganggar kemungkinan kenaikan jangka masa pendek berdasarkan indikator GRI VERA Trend Signals – VERA yang bermaksud teori Volatility Explosion Relatively Adjusted, yang digunakan untuk kenal pasti trend sepanjang beberapa jangka masa.

Bitcoin sudah beberapa kali melangkaui had bawah band VERA semalam, namun ia cepat-cepat naik kembali untuk didagangkan atas harga itu – pergerakan yang Bloomberg anggap boleh menandakan harga naik dalam jangka masa terdekat ini.

Pada waktu penulisan, Bitcoin didagangkan di sekitar $3,600 – naik 1.1 peratus pada hari itu, dan jatuh 1.7 peratus untuk minggu itu. Aset itu kekal lebih 80 peratus di bawah nilai tertingginya sejak Disember 2017, apabila matawang kripto mencapai hampir $20,000.

Pelabur dan usahawan dari United Kingdom Alistair Milne menjangka Bitcoin akan mengulangi – atau melepasi rekodnya:

“Kemungkinan Bitcoin akan mencapai harga All-time High (ATH) sekali lagi dan tidak berterusan melangkauinya adalah sangat rendah. Setiap gelombang penggunaannya adalah dalam magnitud yang lebih besar Daripada sebelumnya.”

Semalam, Adena Friedman, presiden dan CEO Nasdaq Inc. menyatakan bahawa untuk Bitcoin dan matawang kripto lain berkembang menjadi rekaan yang praktikal dan boleh diguna pakai dengan nilai stabil, “pentadbiran dan pengawalseliaan jelas” untuk sektor itu diperlukan. – link

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoins-technicals-show-signs-of-a-bottom-possible-short-term-rally-analysts

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.