Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penguatkuasa Kewangan UK Mengeluarkan Kertas Perundingan tentang Kripto

 

Penguatkuasa kewangan UK telah menerbitkan kertas perundingan yang bertajuk, “Panduan tentang Aset Kripto” pada 23 Januari.

Matlamat kertas perundingan Financial Conduct Authority (FCA) tentang matawang kripto itu adalah untuk memberi penjelasan pengawal seliaan ke atas subjek penyertaan ke dalam pasaran. Tempoh perundingan tentang kripto, yang dimulakan oleh kertas itu, dijadualkan pada 5 April 2019, dan selepas itu satu kenyataan polisi dengan panduan muktamad akan dikeluarkan.

Dalam perkenalan kepada kertas kerja itu, FCA telah mengisytiharkan bahawa versi terakhir adalah untuk “membantu peserta pasaran untuk memahami sama ada aset kripto yang digunakan adalah dalam perimeter kawal selia.” Penguatkuasa itu menerangkan:

“Ini akan memberitahu peserta pasaran tentang isu penting dan akan membantu mereka lebih memahami sama ada mereka perlu diberi lesen dan peraturan yang ditetapkan ke atas bisnes mereka.”

Dalam kertas kerja itu, FCA telah menyenaraikan pelbagai definisi aset kripto yang di bawah undang-undang UK. Khususnya, kertas kerja itu menyatakan bahawa aset kripto boleh dianggap sebagai “Pelaburan Yang Ditentukan” di bawah Regulated Activities Order (RAO) negara itu atau “Instrumen Kewangan” yang dikawal selia Markets in Financial Instruments Directive II. Badan penguatkuasa itu juga menyatakan bahawa aset tersebut boleh dikawal selia di bawah Peraturan E-Money atau Peraturan Perkhidmatan Pembayaran.

Panduan aset kripto FCA meletakkan matawang kripto ke dalam tiga kategori, iaitu token pertukaran, token sekuriti dan token utiliti. Token pertukaran, menurut penguatkuasa itu, adalah token “yang tidak dikeluarkan atau disokong oleh mana-mana kuasa pusat, dan direka untuk digunakan sebagai medium pertukaran.”

Token sekuriti pula adalah aset yang jatuh dibawah RAO dan adalah “dalam perimeter” kawal selia FCA. Akhir sekali, matawang kripto yang dipanggil token utiliti adalah token yang memberi pengguna akses kepada sesuatu produk, tetapi tidak memberi hak yang sama seperti token sekuriti.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph tahun lalu, FCA telah mendedahkan bahawa ia sedang menyiasat 18 syarikat mengenai penggunaan matawang kripto.

Juga pada bulan Disember, perkhidmatan kutipan cukai UK menerbitkan peraturan terperinci tentang cukai untuk pemegang matawang kripto persendirian selepas tempoh perundingan yang lama.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/uk-financial-regulator-releases-consultation-paper-on-crypto

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads