Huobi Masih Lagi Untung Walaupun Dengan Pemberhentian Pekerja
Pada 22 Januari 2019, Livio Weng Xiaoqi, CEO Huobi Global menekankan bahawa syarikat itu masih untung walaupun harga pasaran menurun dan pemberhentian pekerja, dan beberapa projek baru telahpun dilancarkan.
Dalam tahun lalu, terdapat banyak perubahan dalam pasaran matawang kripto dan tidak semuanya baik.
Tahun lalu, firma kripto melihat perkembangan yang cepat dan untung memecah rekod dan tahun ini, banyak yang sudah memfailkan status bangkrap dan menutup kedai. Walaupun keadaan sekarang tidak memberangsangkan, Huobi Group yang beroperasi di Beijing masih bertahan.
Tahun lalu, mereka memberi bonus 300 Bitcoin (bernilai lebih $3 juta pada waktu itu) kepada eksekutif kanan dan tahun ini mereka terpaksa memberhentikan sebahagian daripada pekerja mereka. Meskipun begitu, Livio Weng Xiaoqi, ketua eksekutif Huobi Global, menekankan bahawa syarikat itu masih untung, dengan hampir semua pendapatannya datang daripada yuran transaksi.
Syarikat itu, katanya, akan lebih berhati-hati dalam bulan-bulan akan datang. “Kami tidak Tahu berapa lama pasaran menurun ini akan kekal, jadi kemungkinan besar kami akan bergelut untuk bertahan,”Weng berkata.”Kami perlu merancang ke hadapan dan membelanjakan wang secara berrhati-hati.”
Walaupun syarikat itu mungkin untung dalam akaun Weng, langkah untuk melindunginya masih di ambil. Contohnya, lebih 100 pekerja telah diberhentikan dalam beberapa minggu yang lalu. Pekerja dalam jabatan yang tidak membawa masuk untung, seperti kutipan venture dan pengagregatan berita, telah dilepaskan dan subsidiarinya di Shenzhen telah ditutup, menjadikan bilangan pekerjanya kini kepada 1,300 pekerja.
Huobi Group kini akan tertumpu kepada pertukaran kriptonya yang membawa masuk lebih 70 peratus Daripada keuntungannya. Bursa pertukaran itu, yang dibuka pada tahun 2013, berpindah ke Singapura selepas China mengumumka larangan ke atas matawang kripto pada tahun 2017 dan kini menjalankan jumlah perdagangan lebih $370 juta sehari.
Walaupun dengan semua itu, Huobi, seperti banyak bursa pertukaran lain, masih lagi terjejas dengan kejatuhan harga kripto di pasaran yang telah menghapuskan lebih $600 bilion dari pasaran matawang kripto global sejak penghujung 2018.
Meskipun beberapa jabatan telah ditutup atau dikecilkan, Huobi masih mengeluarkan produk baru. Huobi Chat, salah satunya, adalah kombinasi wallet matawang kripto dan aplikasi mesej, dan dilancarkan pada Januari 2019 dan bermatlamat untuk mendapatkan 1 juta pengguna dalam bulan pertamanya.
Pada bulan Disember 2018, Huobi juga melancarkan platform untuk perdagangan futures. Kini, menurut Weng, projek-projek ini memerlukan “peluang baru, kenaikan harga di pasaran untuk mendapat pulangan.”
Sumber:
https://btcmanager.com/crypto-exchange-huobi-profitable-despite-layoffs-reports-ceo/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!