Presiden Bank Nasional Swiss: Kripto Tidak Akan Mengetuai Perubahan dalam Polisi Kewangan
Presiden Bank Nasional Swiss – Thomas Jordan berkata matawang kripto adalah lebih kepada aset dan jauh daripada matawang. Jordan mengeluarkan kenyataan ini di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Matawang kripto sudah menjadi topik yang ditumpukan dalam pelbagai acara antarabangsa di seluruh dunia. Ini adalah jauh berbeza dari tahun sebelumnya. Walaupun dengan perkembangan, pasaran kripto tidak begitu memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Pasaran menurun jangka masa panjang ini sejak tahun lalu telah mendapat kritikan yang besar dari industri dan Ketua politik.
Walaupun dipasarkan sebagai matawang kripto global, ramai daripada ketua politik ini mengkritik kekurangan Bitcoin yang menyekatnya daripada menjadi ancaman besar kepada industri perbankan tradisional masa kini.
Kenyataan Jordan tentang perkembangan matawang kripto di Forum Ekonomi Dunia adalah lagi satu daripada apa yang disampaikannya.
Menurut Thomas Jordan, kripto tidak sepatutnya dianggap sebagai matawang buat masa kini. Dia juga menjelaskan bahawa kuasa polisi kewangan akan kekal dan dia tidak nampak matawang kripto mengetuai perubahan besar dalam polisi itu.
“Matawang kripto ini seperti yang kita tahu kini adalah lebih kepada aset, bukan kepada matawang. Selagi kita masih ada pengaruh terhadap nilai unit akaun ini, selagi itu perubahan kadar bunga, perubahan saiz penyata imbangan, kadar pertukaran, dan lain-lain, kuasa polisi kewangan akan kekal,”terang Jordan.
Thomas Jordan juga berkata bahawa dengan “penguatkuasa selalunya tidak pasti tentang matawang kripto dan revolusi globalnya” tiada kemungkinan bahawa bank pusat akan menyokong matawang kripto atau mengeluarkan kripto mereka sendiri dalam masa terdekat. Walaupun begitu dia juga menyatakan signifikan bank pusat mengeluarkan kripto mereka sendiri.
Menurutnya, “Jika bank pusat betul-betul mula mengeluarkan matawang digital, ia akan membawa impak besar dalam sistem kewangan ini.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!