Default – Above Header Ads

Permohonan Bitcoin ETF VanEck-SolidX Ditarik Balik

 

Sejak beberapa bulan lalu, komuniti kripto menanti peristiwa yang dipercayai boleh menjadi langkah seterusnya untuk perkembangan kripto. Peristiwa yang dikatakan itu adalah keputusan yang sepatutnya dibuat oleh SEC Amerika Syarikat berkenaan kemungkinan Bitcoin ETF diluluskan.

Walaupun terdapat banyak permohonan Bitcoin ETF yang dikemukakan pada tahun lalu yang ditolak, satu permohonan yang dikemukakan oleh CBOE dan disokong VanEck dan SolidX mendapat perhatian ramai, dan selepas banyak penangguhan, SEC sepatutnya memberi keputusan mereka sebelum 27 Februari 2019. Namun begitu, apa yang tidak disangkan adalah entiti-entiti tersebut menarik balik permohonan mereka.

Keputusan itu memeranjatkan ramai. Jurucakap CBOE berkata keputusan untuk menarik balik permohonan itu dibuat kerana penutupan kerajaan AS yang masih berlarutan. Menurut mereka, tarikh keputusan itu semakin mendekati, dan kerajaan masih lagi mempunyai banyak isu yang perlu diselesaikan. Disebabkan ini, firma itu membuat keputusan untuk menarik balik permohonan mereka, dan akan mengemukakannya kembali sebaik sahaja keadaan bertambah baik.

Situasi berkenaan kelulusan Bitcoin ETF tidaklah bergantung kepada permohonan ini seperti yang dipecayai ramai. Malah, terdapat banyak lagi permohonan Bitcoin ETF lain, yang dikemukakan syarikat dan entiti lain. Beberapa permohonan yang boleh disebut adalah ETF kembar Winklevoss, Bitwise dan juga permohonan lain yang datang dari negara Eropah, Jepun dan lain-lain.

Dalam erti kata lain, walalupun permohonan CBOE dipercayai adalah yang paling menarik, permohonan lain masih lagi dibuat.

Satu lagi perkara yang menarik adalah berita ini tidak menjejaskan harga Bitcoin seperti yang disangka. Untuk beberapa bulan, ramai pakar memikirkan bahawa kelulusan Bitcoin ETF akan menaikkan harga Bitcoin, dan pelabur institusi dijangka akan mula melabur dalam ruangan kripto.

Walaupun tiada siapa menjangka peristiwa ini, harga Bitcoin tidak begitu terjejas. Harganya jatuh sedikit, dengan pembetulan kecil yang berlaku sebaik sahaja permohonan itu ditarik balik.

Kaji selidik terbaru di Twitter menyimpulkan seperti di atas: 81% mengundi yang mereka tidak kisah tentang permohonan ETF itu ditarik kembali.

Nampaknya untuk masa kini, permohonan itu tidak memberi kesan kepada pasaran atau pelabur kripto. Walaupun CBOE merancang untuk mengemukakan semula permohonan itu di masa hadapan, terdapat juga Kemungkinan permohonan lain akan diluluskan dahulu. Namun begitu, sebelum ianya berlaku, kerajaan AS perlu menyelesaikan penutupan yang mempunyai kesan lain yang lebih signifikan.

Sumber:

https://cryptopotato.com/vaneck-solidx-bitcoin-etf-proposal-withdrawn-what-does-this-really-mean-for-bitcoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads