Steemit Melantik Elizabeth Powell sebagai CEO Baru
Menurut laporan yang diterbitkan oleh TechCrunch pada 23 Januari, startup Blockchain Steemit telah melantik Elizabeth Powell sebagai CEO dan pengarah urusan baru mereka.
Keadaan pasaran kripto yang menurun telah menyebabkan banyak pemain dalam industri dalam keadaan terdesak.
Kejatuhan harga Bitcoin yang berlaku pertengahan November 2018 telah mengecilkan nilai kripto yang dipegang oleh majoriti syarikat dalam industri itu, termasuk Steemit. Syarikat itu telah memberhentikan lebih 70 peratus daripada pekerjanya pada 29 November 2018 disebabkan pasaran yang jatuh.
Dan selebihnya, seperti SpankChain dan ConsenSys juga memberhentikan pekerja mereka kerana harga jatuh.
Untuk menghidupkan kembali syarikat itu, Steemit telah menggantikan bekas CEO mereka, Ned Scott dengan Elizabeth Powell. Scott akan mengambil tempat sebagai pengerusi eksekutif startup itu. Syarikat itu kini mempunyai 12 pekerja sepenuh masa.
Buat masa ini, token Steemit STEEM berdagang pada harga $0.36 dengan jumlah modal pasaran lebih $113 juta dan Jumlah perdagangan 24 jam sebanyak lebih kurang $5 juta pada waktu penulisan. Ini jauh daripada nilai tertingginya iaitu $7.31 sewaktu pasaran menaik pada 21 Januari 2018.
Ia juga sangat menarik bahawa tidak seperti kebanyakan startup blockchain lain, Steemit tidak menjalankan apa-apa ICO. Sebaliknya, syarikat itu membuat keputusan untuk melombong token. Namun begitu, kejatuhan mendadak dalam harga STEEM telah meninggalkan syarikat itu dalam keadaan kewangan yang sempit.
Powell memperkenalkan dirinya kepada komuniti Steemit melalui terbitan blog pada 23 Januari 2019. Kandungan blog ini adalah:
“Kami telah menerbitkan Misi, Visi dan Nilai-nilai yang telah dikemaskini, dan juga pelan perancangan yang tertumpu kepada pendapatan pengiklanan, melindungi nilai aset Steem dan juga pengurangan kos. Tugas saya adalah melaksanakan pelan perancangan itu.”
Powell bukanlah penambahan baru ke dalam Steemit. Sebelum pelantikannya sebagai Pengarah Urusan, Powell berkhidmat sebagai Ketua Komunikasi dan Advokasi Steemit sejak dari Mei 2018.
Powell mempunyai pengalaman profesional dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Dia mempunyai banyak pengalaman dalam pelbagai industri, termasuk retail, kesihatan, teknologi, pendidikan, minyak dan gas, dan banyak lagi.
Sumber:
https://btcmanager.com/steemit-looks-start-afresh-elizabeth-powell-newly-appointed-ceo/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!