Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

CEO BCG Digital Ventures: Bitcoin akan Jatuh ke Kosong

 

Jeff Schumacher, pengasas BCG Digital Ventures menyatakan keyakinannya bahawa Bitcoin akan jatuh ke kosong sewaktu sesi panel yang diadakan di Davos, dianjurkan oleh CNBC.

“Saya percaya bahawa ia akan jatuh ke kosong. Saya rasa ia adalah teknologi yang hebat, tetapi saya tidak percaya ianya matawang. Ia tidak bersandarkan pada apa-apa.”

Kenyataan ini datang selepas pasaran matawang kripto itu mengalami kerugian yang besar ($480 bilion) pada tahun 2018.

Namun begitu, Schumacher adalah penyokong kuat teknologi lejar yang dikongsi dan juga pelabur besar dalam pelaburan berdasarkan blockchain.

Dia percaya industri itu mempunyai masa hadapan yang cerah, dan semakin banyak pembangun kini tertumpu kepada penciptaan “sistem desentralisasi terbuka,” infrastruktur generasi seterusnya dalam bisnes akan berjalan.

Panelis lain dalam panel CNBC itu termasuk rakan kongsi 500 Startups Edith Yeung, dan Brad Garlinghouse, CEO Ripple, menyokong pandangan Schumacher tentang kehebatan teknologi Blockchain.

Glen Hutchins, pengasas bersama Silver Lake Partners, berkata dia tidak menganggap Bitcoin sebagai matawang, tetapi ia boleh menjadi medium penyimpanan yang baik untuk masa hadapan.

Hutchins berkata:

“Ia mungkin peranan bitcoin dalam sistem untuk membawa kembali nilai, untuk memegang nilai di situ sementara memegang token yang mempuyai kes penggunaan lain yang tidak digunakan buat masa ini. Saya kurang berminat dalam pelaburan bitcoin sebagai unit matawang atau matawang yang bersamaan, atau blockchain sebagai lejar perakaunan. Saya berfikir lebih banyak tentang protokol. Dalam erti kata lain, apakah fungsi protokol itu, dan sama ada token itu bernilai atau tidak.”

Bercakap tentang penggunaan Blockchain secara meluas, panelis meletakkan jangka masa 3-5 tahun sehingga teknologi itu digunakan secara meluas.

Sumber:

https://blokt.com/news/bcg-digital-ventures-ceo-says-he-believes-bitcoin-will-go-to-zero-during-cnbc-debate-in-davos

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads