Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

eToro Menambah ZCash Ke Dalam Senarai Altcoinnya

 

Syarikat broker pelbagai aset dan perdagangan soisal eToro telah menambah ZCash ke dalam senarai panjang matawang kripto yang ditawarkan – menjadikan jumlah aset sebanyak 14.

Zcash adalah projek matawang kripto yang fokus pada privasi yang tidak begitu berbeza dari Bitcoin. Kedua-dua projek mempunyai jumlah bekalan yang tetap iaitu 21 juta.

Walaupun transaksi dalam blockchain Zcash boleh dilihat, terdapat pilihan untuk menggunakan protokol yang dinamakan zk-SNARKS atau zero-knowledge proof. Namun begitu, kripto yang mempunyai ciri ini tidak begitu digunakan secara meluas.

Zcash juga membolehkan “pendedahan selektif”, bermakna pengguna boleh mengesahkan pembayaran untuk tujuan audit. Secara asasnya, ia membolehkan individu yang ingin privasi untuk patuh kepada akta anti-penggubahan wang haram dan undang-undang pendanaan pengganas, selain daripada akta percukaian.

Penambahan altcoin teratas membawa penawaran kripto eToro lebih dari satu dozen – dan platform itu kini sudah menawarkan Bitcoin, Ether, Bitcoin Cash, XRP, Litecoin, Ethereum Classic, Dash, Stellar, Neo, EOS, Cardano, IOTA dan Binance Coin.

Pengasas bersama dan CEO eToro, Yoni Assia berkata semasa sidang media:

“Cara kita memindahkan wang dari individu ke individu, atau syarikat ke syarikat sentiasa berubah. Ia tidak mengejutkan jika ada orang lain yang mengambil idea teras di sebalik Bitcoin dan membangunkan rangkaian Pembayaran yang baru dengan ciri-ciri tambahan – dalam kes Zcash – privasi. Kami teruja untuk menawarkan ZEC kepada pelabur eToro yang mencari untuk membanyakkan pegangan aset kripto mereka.”

Pengguna eToro yang ingin mendapatkan ZEC boleh mendapatkannya melalui CryptoPortfolio, yang memberi pelabur peluang untuk melabur dalam 14 aset kripto. CryptoPortfolio menilai aset melalui modal pasaran.

Sumber:

https://bitcoinist.com/etoro-adds-zcash-zec-to-growing-list-of-altcoin-offerings/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.