Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

JPMorgan Mendakwa Bitcoin Tidak Lagi Menguntungkan untuk Dilombong

 

Menurut pakar JPMorgan, kos perlombongan masa kini adalah lebih tinggi dari harga Bitcoin. Disebabkan itulah perlombongan Bitcoin tidak menguntungkan untuk majoriti orang.

Suatu masa dahulu, ia seperti semua orang gila tentang perlombongan kripto. Orang ramai membina ladang perlombongan mereka sendiri, dan melabur wang yang banyak dalam peralatan perlombongan yang berkuasa tinggi tetapi ianya menguntungkan.

Tetapi adakah ia logik untuk memasuki operasi perlombongan itu kini? Menurut penganalisa JPMorgan Chase & Co, ia langsung tidak menguntungkan.

Selepas menjalankan kajian yang menyeluruh, pakar menemui bahawa kos pengeluaran untuk mendapatkan satu Bitcoin dalam suku tahun keempat adalah $4060 seluruh dunia.

Ini bermakna jika buat masa kini satu Bitcoin bernilai $3473.70 setiap satu, anda akan membelanjakan lebih untuk mendapatkan satu Bitcoin daripada ganjaran yang boleh didapati. Jaadi, melihat kepada harga terkini, kita boleh lihat bahawa perlombongan Bitcoin bukanlah satu idea yang baik untuk majoriti orang.

Tetapi terdapat sekumpulan pelombong yang masih berpeluang untuk menang dalam situasi ini. Di China, untuk mendapatkan satu Bitcoin anda hanya perlu membayar dua kali ganda lebih sedikit. Anggaran jumlah adalah $2,400 setiap unit. 

Default – Inside Post Ads

Kos elektrik adalah adalah yang paling besar untuk pelombong kerana komputer berkuasa tinggi mereka perlu banyak tenaga untuk proses blok data untuk mendapatkan Bitcoin. Memandangkan harga elektrik di seluruh dunia, ianya jelas mengapa harga kos perlombongan adalah sangat tinggi.

Namun begitu, perjanjian penjualan tenaga secara langsung dengan generator elektrik yang sedang mencuba untuk menjual tenaga lebih kepada untuk membantu pelombong China untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Kejatuhan dalam harga Bitcoin dari $6,500 sepanjang Oktober kepada $4,000 kini telah menolak margin lebih jauh ke negatif untuk semua lokasi kecuali pelombong China yang mempunyai kos yang kecil,”terang penganalisa JPMorgan yang diketuai oleh Natasha Kaneva.

Ia dijangka jika situasi kekal sama, sejumlah besar pelombong akan terpaksa berhenti daripada operasi mereka. Tetapi ia masih lagi hanya pemboleh ubah.  Menurut JPMorgan, saham pengeluaran pelombong yang beroperasi di Czech Republic, Amerika Syarikat dan Iceland telah berkembang sejak tahun lepas atau lebih lama lagi.

Tetapi jika bilangan pelombong berkurang, kos pengeluaran akan jatuh. Contohnya, jika hanya pelombong China yang kekal, kosnya kurang daripada $1,260 untuk mendapatkan satu Bitcoin.

Tambahan lagi, penganalisa mengatakan Bitcoin, dan matawang kripto lain, tiada nilai.

Secara amnya, JPMorgan Chase tidak mempunyai pandangan positif tentang masa depan kripto. Menurut penganalisa syarikat itu, matawang kripto mempunyai peluang untuk berjaya menjadi wang jika majoriti orang hilang kepercayaan mereka terhadap konsep kewangan tradisional termasuk perbankan dan nilai emas.

Sumber:

https://www.coinspeaker.com/jpmorgan-bitcoin-mine/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads