Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Deutsche Börse, HQLAx Melaporkan “Kemajuan Signifikan” dalam Platform Pinjaman Sekuriti Blockchain

Pasar sekuriti global besar Deutsche Börsche melaporkan ia membuat “kemajuan yang signifikan” ke atas platform pinjaman sekuriti berdasarkan blockchainnya, meurut siaran media rasmi pada 29 Januari.

Platform itu dibangunkan bersama oleh pasar sekuriti Jerman dan platform pengurusan kecairan blockchain yang beroperasi di Luxembourg, HQLAx. Menurut siaran media dari Deutsche Börse, enam bank telah mengesahkan perancangan mereka untuk menyertai platform pinjaman sekuriti itu, dan telah memulakan “proses penghubungan mereka”.

Pelancaran platform itu dijadualkan pada pertengahan tahun pertama 2019, sementara semua polisi peraturan dan undang-undang disusun dan dimuktamadkan dalam masa terdekat, syarikat itu berkata.

Deutsche Börse mula-mula mengumumkan perancangannya untuk membangunkan platform pinjaman sekuriti berdasarkan blockchain Dengan HQLAx pada bulan Mac 2018. Berdasarkan konsortium blockchain R3, Corda, alat itu direka untuk menambahbaik proses “pengurusan kolateral aset cair yang berkualiti tinggi (HQLA).”

Jens Hachmeister, ketua insiatif blockchain Deutsche Börse, menekankan bahawa teknologi itu menambah baik tahap efisyen pembiayaan sekuriti. Dia juga mengatakan bahawa syarikat itu akan terus menggunakan teknologi lejar yang diedarkan dalam sektor lain perniagaannya.

Menurut siaran media hari ini, Deutsche Börse juga mendedahkan bahawa ia telah membuat satu lagi pelaburan dalam HGLAx pada Disember 2018.

Baru-baru ini, bank besar Belanda, ING, menandatangani perjanjian Dengan R3 untuk mendapatkan lesen tanpa had untuk platform Corda. Perjanjian itu membolehkan bank itu implementasi aplikasi desentralisasi (DApps) dalam infrastruktur perniagaannya.

Sebelum ini, R3 mengumumkan pelancaran Corda Network, yang akan dijalankan dan dipantau oleh organisasi non-profit baru, Corda Network Foundation.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/deutsche-borse-hqlax-report-significant-process-on-blockchain-securities-lending-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads