Kajian Menunjukkan $1.7 bilion Hilang Kerana Kecurian atau Scam pada Tahun 2018
Matawang kripto bernilai sebanyak $1.7 bilion telah didapati melalui jenayah di tahun 2018, menurut kajian yang diterbitkan oleh syarikat analisa kripto CipherTrace pada 29 Januari.
Daripada $1.7 bilion, lebih $950 juta dicuri dari bursa pertukaran kripto, menunjukkan 3.6 kali ganda peningkatan sepanjang 2017. Manakala $725 juta hilang pada tahun 2018 kepada penipuan seperti skim ponzi, skim keluar dan ICO palsu.
CipherTrace juga menyenaraikan apa yang syarikat itu percaya sebagai sepuluh ancaman terbesar matawang kripto: yang terbesar adalah pertukaran SIM, iaitu kecurian identiti yang melibatkan mengambil alih nombor telefon mangsa, biasanya untuk mendapat akses kepada kod pengesahan two-factor.
Ancaman lain yang disenaraikan termasuk crypto dusting, iaitu penghantaran matawang kripto yang rosak ke banyak alamat, dan juga mengelak dari sekatan antarabangsa dengan matawang kripto yang disokong kerajaan Seperti Venezuela dan Iran. Laporan itu juga merujuk kepada pencampuran matawang kripto – perniagaan perkhidmatan wang yang tidak berlesen – serangan cryptojacking ke atas pusat data dan lightning network anonymity.
Kajian itu memberi amaran tentang stablecoin yang desentralisasi – yang boleh jadi anonymous – pemerasan online dan peras ugut, dan yang terakhir ransomware yang mencuri matawang kripto yang bukan hanya menghalang akses pengguna tetapi juga mencuri private key wallet.
Seperti yang Cointelegraph laporkan, kajian yang digariskan oleh syarikat analisa blockchain Chainalysis telah mendedahkan bahawa dua kumpulan Penggodam yang amsih aktif telah mencuri matawang kripto bernilai $1 bilion.
Tambahan lagi, media tempatan melaporkan dua minggu selepas ia melaporkan kes godaman, bursa pertukaran kripto yang beroperasi di New Zealand, Cryptopia masih lagi dikompromi oleh penjenayah siber.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!