Default – Above Header Ads

Pasar Senjata Popular GunBroker Melancarkan Stablecoin ‘FreedomCoin’

 

Pasar senjata popular gunbroker.com dilaporkan akan melancarkan stablecoin yang dinamakan ‘FreedomCoin’ yang akan digunakan dalam platformnya, dalam satu langkah Untuk membantu peniaga senjata membuat transaksi tanpe perlu berurusan dengan sekatan dari institusi kewangan.

Menurut sidang media yang dikeluarkan baru-baru ini, stablecoin itu akan menjadi matawang yang mematuhi peraturan, dan dibangunkan oleh ICOx Innovations Inc., Untuk GunBroker. Pasar online itu membolehkan pengguna membeli dan menjual produk senjata, peralata buruan, dan juga sukan. Ia mempunyai lebih 4.7 juta pengguna, dan menguruskan transaksi sebanyak $600 juta setiap tahun.

Pengguna GunBroker akan boleh menerima FreedomCoin dalam transaksi mereka di masa hadapan, menggunakan teknologi Blockchain untuk “mengganti keperluan untuk menukar USD kepada FreedomCoin melalui aplikasi yang mudah digunakan dalam platform, yang dilaporkan direka untuk mematuhi peraturan KYC dan AML.

Bruce Elliot, presiden ICOx Innovations, mengatakan bahawa ini adalah salah satu kes dimana “matawang kripto yang patuh peraturan boleh menggantikan keperluan untuk pilihan pembayaran yang lebih mahal dan mengambil masa, iaitu sesuatu yang membawa nilai yang besar kepada pengguna GunBroker. Menurutnya, memandangkan saiz pasar yang besar itu, ini “berpotensi untuk menjadi matawang kripto paling banyak transaksi produk dalam Amerika Syarikat.”

Steven F. Urvan, CEO dan CTO GunBroker mengatakan:

“Sesiapa sahaja yang pernah membeli senjata tahu betapa sukarnya untuk berurusan dengan syarikat kad kredit tradisional dan institusi kewangan yang lain. Dengan ICOx dan BitRail, kini kami boleh membuang masalah itu dan mendedahkan segmen baru kepada peminat senjata dan sukan luar iaitu dunia pembayaran digital.”

ICOx USA, subsidiari kepada ICOx Innovations dikontrak oleh FreedomCoin LLC Untuk mencipta matawang kripto itu. Ia akan mengenakan caj sehingga $2 juta rekaan dan pembangunan, dan juga dibenarkan untuk memperoleh hingga 20 peratus saham dalam FreedomCoin LLC, organisasi yang ditubuhkan untuk mengurus matawang kripto itu.

ICOx Innovations juga telah dilaporkan membangunkan platform KodakOne, platform Pengurusan hakcipta imej berdasarkan blockchain yang dilesen oleh Kodak. Baru-baru ini, KodakOne mengejutkan pengkritik apabila mengumumkan ujian beta bernilai $1 juta. 

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/01/popular-firearm-marketplace-gunbroker-to-launch-freedomcoin-stablecoin/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.