Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

SC Akhirnya Mengeluarkan Peraturan untuk Bursa Pertukaran Kripto

 

Menurut laporan daripada Fintech News Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan butiran peraturan baru ke atas bursa pertukaran kripto.

Rangka undang-undang itu akan jatuh dibawah Panduan Pasaran yang Berdaftar, iaitu peraturan yang sama yang digunakan untuk kawal selia Equity Crowdfunding dan pinjaman P2P. Dibawah panduan itu, suruhanjaya itu telah menambah seksyen baru untuk memperkenalkan keperluan baru untuk bursa pertukaran kripto.

Menurut Fintech News Malaysia, panduan yang dikemas kini itu bursa pertukaran dikategorikan sebagai Operator Pertukaran Aset Digital. Media tempatan itu melaporkan ringkasan panduan baru untuk bursa pertukaran beroperasi di Malaysia:

  1. Kapital berbayar sebanyak 5 juta apabila diluluskan dan sebelum memulakan operasi
  2. Larangan daripada menawarkan bantuan kewangan kepada pelabur/pelanggan untuk tujuan pembelian matawang kripto/aset digital
  3. Sistem pengurusan risiko yang mapan perlu ditubuhkan untuk memastikan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan yang tinggi 
  4. Matawang kripto dan aset digital perlu diluluskan oleh SC sebelum disenaraikan di bursa pertukaran
  5. Perlu mempunyai peraturan dan prosedur yang jelas untuk perdagangan dan penyelesaian aset digital atas platform
  6. Menyediakan pendedahan jelas, ringkas dan adil yang tidak mengelirukan pelabur
  7. Hanya membenarkan perdagangan dalam Ringgit Malaysia dan legal tender lain
  8. Menubuhkan satu atau lebih akaun dengan institusi kewangan yang berlesen di Malaysia

Menurut Fintech News, penguatkuasa mengatakan bahawa jumlah kapital berbayar akan ditetapkan dari kes ke kes berdasarkan operasi dan risiko bursa pertukaran itu.

Dibawah peraturan baru itu, sesiapa sahaa yang berminat untuk menjalankan platform aset digital perlu memohon kepada SC untuk didaftarkan sebagai operator pasaran berlesen menjelang 1 March 2019.

Default – Inside Post Ads

Anda boleh dapatkan panduan sepenuhnya di sini.

Sumber:

https://fintechnews.my/19837/blockchain/cryptocurency-exchange-regulation-malaysia-sc/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.