Mahkamah Rayuan Florida Menganggap Bitcoin Wang
Mahkamah rayuan di Florida telah mengarahkan pendakwaan seorang lelaki yang dituduh terlibat dalam penggubahan wang haram Bitcoin bernilai $1,500. Mahkamah itu mengatakan terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa suspek itu didakwa atas kesalahan penggubahan wang haram dan pemindahan wang tunai yang melanggar undang-undang.
Michell Espinoza telah didakwa atas kesalahan memindah Bitcoin secara haram kepada detektif yang menyamar, yang memberitahunya mereka ingin menukar Bitcoin dengan nombor kad kredit yang dicuri.
Pada tahun 2016, Hakim Teresa Pooler dari Eleventh Judicial Circuit of Florida membuang dakwaan feloni terhadap Espinoza. Dia berkata suspek tidak bersalah atas kesalahan penggubahan wang haram kerana matawang kripto tidak dianggap wang di bawah undang-undang Florida. Dan jika anda tiada wang, anda tidak boleh melakukan penggubahan wang haram.
Pooler juga mengatakan bahawa nilai Bitcoin sangat tidak stabil, menyimpulkan ianya “bukan kekayaan yang boleh diukur” dan tidak boleh disembunyikan di bawah tilam seperti jongkong emas dan wang tunai. Dalam pandangan penghakiman, Justice Mary Pooler menulis:
“Mahkamah bukan pakar dalam bidang ekonomi; walaupun begitu, ia amat jelas, malah kepada sesiapa yang mempunyai ilmu yang terhad dalam bidang itu, bahawa Bitcoin mempunyai perjalanan yang panjang sebelum ia menjadi sama dengan wang.”
Tidak puas hati dengan penghakiman itu, negeri itu membuat rayuan kepada keputusan Justice Pooler untuk membuang kes Espinoza itu.
Dalam penghakiman yang dikeluarkan pada 30 Januari, Third District Court of Appeal Florida mengatakan bahawa:
“Mahkamah perbicaraan telah membuat kesilapan dalam membuang Count 1 kerana Espinoza bertindak sebagai kedua-dua pemindah wang dan juga penjual instrumen pembayaran, dan keran itu, perlu mendaftar dengan Florida sebagai perniagaan perkhidmatan wang.”
Mahkamah rayuan telah memerintahkan pembatalan penghakiman mahkamah perbicaraan dari bulan Julai 2016 itu yang menjumpai Espinoza tidak bersalah. Ini bermakna suspek itu mempunyai kes baru untuk dihakimi.
Penghakiman itu juga bermakna Bitcoin akan kekal sebagai matawang yang sah dalam Florida, sehingga atau melainkan penggubal undang-undang negeri itu mengubahnya.
Sumber:
https://coindoo.com/florida-appeals-court-rules-bitcoin-is-money/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!