Default – Above Header Ads

OKCoin Disaman kerana Melanggar Undang-undang Privasi dan Data

 

Penguatkuasa Korea Selatan, Korea Communications Commission (KKC) menyaman dua bursa pertukaran – Coinlink dan OKCoin – atas kesalahan melanggar undang-undang privasi dan data, seperti yang dilaporkan media tempatan. Kedua-dua bursa pertukaran telah disaman kerana gagal untuk mengekalkan log data pengguna mereka, yang wajib dilakukan menurut undang-undang Korea. Bursa pertukaran itu dijumpai bersalah atas sebab perlanggaran data selepas KCC membuat pemeriksaan ke atas lima bursa pertukaran untuk jawapan kepada FCC Amerika Syarikat.

Tambahan lagi, OKCoin juga diberi penalti kerana proses penutupan akaun yang terlalu rumit. KCC telah menjumpai bahawa membuka akaun baru OKCoin adalah senang tetapi menutupnya menjadi lebih rumit.

OKCoin di bawah pengurusan yang sama dengan bursa pertukaran lain, OKEx, yang beroperasi di Malta. Kedua-dua bursa pertukaran mempunyai Ketua Pegawai Risiko yang sama, Tim Byun, yang ditemu bual oleh CryptoPotato pada bulan Oktober 2015. Sewaktu temubual itu, Byun bercakap tentang ETF, kawal selia, pencarian dan banyak lagi.

Dia juga menerang peranannya sebagai CRO, mengatakan bahawa:

“Peranan utama saya adalah memastikan kami patuh kepada peraturan dan pengawal seliaan. Untuk OKEx, iaitu platform token-ke-token kami, ianya mengujakan kerana setiap negara mempunyai peraturan berbeza untuk platform token-ke-token. Ini adalah berlainan daripada satu lagi bisnes kami yang dipanggil OKCoin dan ianya adalah platform fiat-ke-token.”

Sementara OKCoin berusaha untuk menyelaras praktisnya dengan undang-undang Korea, OKEx mengumumkan bahawa ia akan menghentikan semua transaksi buat sementara waktu berkaitan NEO, GAS, dan AVA. Ini disebabkan kerana naik taraf wallet yang akan menjejaskan ketiga-tiga projek.

Bitcoin Exchange CEX.IO

GAS dan AVA adalah platform blockchain yang dicipta atas blockchain NEO. Projek itu mengesahkan bahawa aktiviti itu tidak akan menjejaskan dana pengguna blockchain itu.

Sumber:

https://cryptopotato.com/okcoin-fined-for-privacy-and-data-laws-violation/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads