Default – Above Header Ads

Iran Melancarkan Matawang Kripto Bersandarkan Emas

 

Matawang kripto yang bersandarkan emas telah dilancarkan oleh negara Iran. Matawang kripto itu dikenali sebagai Peyman (perkataan Parsi untuk perjanjian) adalah hasil kerjasama antara empat bank dan Ghoghnoos Company.

Empat rakan kongsi itu adalah Parsian Bank, Bank Pasargad, Bank Melli Iran dan Bank Mellat. Iran Fara Bourse, pertukaran over-the-counter, juga dijangka akan menerima matawang kripto baru itu, media Iran Financial Tribune melaporkan.

Menurut pengarah Ghoghnoos, Valiollah Fatemi, Peyman akan digunakan untuk tokenisasi aset bank dan hartanah berlebihan lain:

“Token itu akan berfungsi seperti wallet dan menyalurkan aset berlebihan itu ke dalam kitaran ekonomi. Kami mencari untuk mengembangkan teknologi itu mempercepatkan transaksi bank.”

Ghoghnoos telah menunjukkan bahawa pada awalnya terdapat satu bilion unit Peyman yang akan ditawarkan. Di masa hadapan, matawang kripto akan boleh didapati di Irana Fara Boursa.

Pelancaran Peyman datang sewaktu spekulasi bahawa Iran merancang untuk mendedahkan matawang kripto yang disokong kerajaan, rial-kripto, untuk mengelak dari sekatan Amerika Syarikat.

Sekatan itu telah menyebabkan Iran dan rakyatnya sukar untuk menjalankan perniagaan dengan negara lain. Ini adalah kerana pengantara kewangan seperti SWIFT dilarang daripada menawarkan perkhidmatan kepada negara itu.

Perancangan untuk rial-kripto disiarkan tahun lepas apabila Iran mengenal pasti matawang kripto sebagai cara untuk mengatasi sekatan itu. 

Sejurus selepas sekatan kedua menjadi efektif bulan November tahun lepas, gabenor bank pusat Iran, Abdolnasser Hemmtai mengumumkan bahawa terdapat alternatif kepada SWIFT yang sedang dijalankan. Seminggu kemudian Iran membuat perjanjian kerjasama dengan Armenia dan Rusia.

Iran tidak membayangkan matawang kripto yang disokong kerajaan digunakan untuk menerima pembayaran untuk eksport dan membayar untuk import pada awalnya. Walaupun begitu, langkah itu akan membolehkan Iran menyertai sistem pembayaran antarabangsa yang berdasarkan Teknologi blockchain di masa hadapan.

Pelancaran Peyman juga datang kurang daripada seminggu sejak bank pusat Iran mengeluarkan draf peraturan matawang kripto, menurut Aljazeera. Walaupun peraturan itu menterbalikkan larangan yang telah diperintahkan sebelum itu, ia masih menghadkan penggunaan matawang kripto. Contohnya bitcoin masih tidak boleh digunakan sebagai cara pembayaran.

Selain daripada membenarkan matawang kripto seperti bitcoin, bank pusat Iran juga membenarkan ICO. Bursa pertukaran kripto dan wallet bitcoin juga diberi lampu hijau bersama-sama perlombongan matawang kripto.

Sumber:

https://www.ccn.com/iran-launches-gold-backed-cryptocurrency-as-anticipation-for-crypto-rial-grows-to-evade-us-sanctions/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.