Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Keselamatan Siber Swiss Membuka Pusat Blockchain di Geneva

 

Firma keselamatan siber dan blockchain yang beroperasi di Switzerland, WISeKey telah membuka Pusat Blockchain di Geneva, menurut pengumuman pada 1 Februari.

WISeKey tertumpu kepada pengesahan dan pengenalpastian yang selamat menggunakan alat kriptografi yang dipanggil Root of Trust. Syarikat itu semakin banyak implementasi IoT dan teknologi blockchain ke dalam operasi dan portfolionya.

Pusat Blockchain Geneva akan membantu startup blockchain ditambah dengan menyelidik dan mempromosi teknologi baru. Ia juga mempunyai matlamat untuk mempercepatkan penggunaan teknologi blockchain dalam sektor awam dan persendirian.

Membuka pusat itu adalah sebahagian daripada kerjasama Institut Penyelidikan Blockchain (BRI), yang bermatlamat untuk membuka lebih banyak pusat di Amerika Syarikat, Amerika Latin, China, India dan Afrika.

Matlamat utama pusat blockchain itu adalah untuk bekerjasama dengan perniagaan, akademik, dan pusat lain dan juga untuk berkongsi praktis dan juga sumber terbaik. Setiap pusat akan membangunkan kepakaran mereka. sendiri. Geneva akan fokus dalam fintech, sementara pusat di Buenos Aires, Argentina akan menjadi pakar dalam platform anti-pemalsuan.

Pada minggu yang lalu, WISeKey mengumumkan Pembukaan Pusat Blockchain Global di Malaysia sebagai sebahagian dari kerjasama dengan subsidiari pelaburan teknologi Malaysia Censof. Lembaga Censof, Ameer bin Shaik Mydin berkata, “Potensi untuk blockchain boleh membantu dalam meningkatkan tahap efisyen untuk klien kami.”

Default – Inside Post Ads

Pada 23 Januari, WISeKey mengumumkan kerjasama identiti berdasarkan blockchain dengan organisasi non-profit Race for Water Foundation, yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran laut menggunakan teknologi blockchain.

WISeKey akan mencipta identiti digital yang disimpan dalam blockchain untuk setiap produk plastik yang dibuat syarikat yang menyertainya. Produk itu kemudiannya akan dihubungkan dengan secure form-factor dalam produk menggunakan kod QR dan mikrocip. Usaha kitar semula untuk setiap produk akan dijejak dan direkod dalam blockchain.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/swiss-cybersecurity-firm-opens-blockchain-center-in-geneva

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.