Default – Above Header Ads

Bursa Pertukaran Kripto Kanada QuadrigaCX Hilang Akses kepada Wallet

 

Bursa pertukaran kripto Kanada QuadrigaCX telah hilang akses kepada walletnya menyebabkan pelanggan merasa bimbang semakin bursa itu menghadapi masalah, seperti yang diberitahu dalam notis dari lembaga pengarah QuadrigaCX.

Pelanggan berasa bimbang sejak beberapa hari yang lalu apabila bursa pertukaran itu berada di luar talian kerana mereka mengalami isu penyelenggaraan, namun begitu, laporan terbaru menunjukkan masalah itu lebih teruk daripada itu.

Lembaga pengarah syarikat itu mengatakan bahawa terdapat “isu yang signifikan” yang sedang berlaku jadi bursa pertukaran itu tidak beroperasi dengan efisyen sejak kebelakangan ini. Implikasi undang-undang juga telah dikenakan ke atas bursa pertukaran itu dengan Mahamah Agung Nova Scotia melantik firma audit Ernst & Young Inc. sebagai pengaudit luar untuk memantau perlindungan kreditor yang akan dijalankan bulan hadapan.

Isu pencairan juga telah dinaikkan oleh lembaga pengarah itu yang menjejaskan prestasi bursa pertukaran itu, ditambah lagi dengan masalah cold wallet. Notis itu mengatakan:

“Dalam beberapa minggu yang lalu, kami telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu pencairan, yang termasuk percubaan untuk mencari dan melindung rizab matawang kripto signifikan yang disimpan di cold wallet, dan diperlukan untuk memuaskan hati baki matawang kripto dalam deposit, pada masa yang sama mencari institusi kewangan yang akan menerima draf bank yang dipindahkan kepada kami. Malangnya, usaha tidak begitu berjaya. Kemaskini seterusnya akan dikeluarkan selepas perbicaraan.”

QuadrigaCX akan memberitahu pelanggannya tentang prosiding seterusnya selepas perbicaraan pada 5 Februari. Bursa pertukaran itu mempunyai Jumlah perdagangan sebanyak $500,000 dalam pasangan perdagangan dalam 24 jam yang lalu, dan oleh itu impak itu akan dirasai oleh pasaran.

Default – Inside Post Ads

Pada awal Oktober, QuadrigoCX telah menuduh Canadian Imperial Bank of Commerce (CIBC) kerana menahan dan menghalang akses kepada dana bursa pertukaran itu yang bernilai sebanyak $21.6 juta. CIBC membekukan lima akaun di bawah nama Custodian Inc., rakan kongsi pembayaran bursa pertukaran itu. Bank itu mengatakan terdapat percanggahan tentang identiti pengguna sebagai sebab pembekuan itu.

Pada bulan November, dana bursa pertukaran sebanyak $26 juta disita oleh Mahkamah Agung Ontario di atas arahan “interpleader” dengan dana yang dibekukan sehingga tuan sebenar dikenalpasti. Kedua-dua pihak yang dipersoalkan adalah bursa pertukaran dan rakan kongsi pembayaran, Custodian.

Sumber:

https://ambcrypto.com/canadian-cryptocurrency-exchange-quadrigacx-loses-access-to-its-wallets/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads