Default – Above Header Ads

Coin MimbleWimble Baru “Rapuh dan Terhad”, Menurut CEO Syarikat Zcash

 

CEO syarikat ZCash, Zooko Wilcox telah mengimbngi dua implementasi blockchain MimbleWimble, Grin dan Beam, dan menganggap mereka tidak setanding ZCash. ZCash, berdasarkan kod asal Bitcoin, adalah implementasi blockchain yang menggunakan protokol zk-SNARK.

Wilcox, bercakap dengan TheBlockCrypto, mengatakan rantaian baru itu “rapuh dan terhad dari segi teknologi” menambah “saya tidak melihat teknologi mereka sebagai mampan”.

Artikel itu juga menunjukkan tweet yang Wilcox keluarkan tahun lepas, di mana dia bertanya “Kepada siapa data peribadi pengguna didedahkan? Adakah ia didedahkan kepada pelombong? Saya tidak memahami bahagian ini.”

Berbeza dengan Grin yang merupakan coin privasi – fungsi privasi itu tidak boleh ditutup – Wilcox mengatakan tentang Zcash bahawa “Saya tidak meliah Zcash sebagai coin privasi […] Fungsi amnya adalah sebagai wang internet.” Beam mungkin lebih kepada ZCash disini, dengan pilihan fungsi untuk menunjukkan bukti transaksi kepada “akauntan, pengaudit, dan juga Penguatkuasa cukai,”menurut Beam dalam satu terbitan blog.

Terbitan yang sama menggambarkan ZCash sebagai mempunyai privasi yang sangat tinggi, tetapi dengan kos mempunyai skalabiliti yang rendah dan juga memerlukan kuasa yang tinggi. Ia juga menunjukkan “ZCash Parameter Generation Ceremony” dimana satu set rujukan “parameter” kritikal yang menguasakan blockchain perlu dicipta oleh pembangun yang dipercayai, dan juga dipercayai boleh dihancurkan.

Zcash juga menggunakan ganjaran pengasas yang tinggi – 20% dari setiap blok yang dilombong – yang telah dikritik sebelum ini.

Coin privasi itu disenaraikan di Coinbase Pro tahun yang lalu.

Kedua-dua Grin dan Beam telah melihat harga naik dan turun yang besar di minggu lalu, kedua-duanya naik beratus peratus dari zon perdagangan permulaannya. Grin juga telah dilancarkan dengan sokongan perlombongan yang tinggi – menurut satu pelabur, ia mungkin adalah “blok genesis termahal dalam sejarah.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/new-mimblewimble-coins-fragile-and-limited-according-to-zcash-company-ceo/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads