ATM Bitcoin di Rusia Adalah 52; Meskipun Matawang Kripto Masih tidak Mendapat Lampu Hijau
Walaupun dengan ketiadaan rangka undang-undang untuk mengesahkan urusan matawang kripto di Rusia, negara itu telah dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya 52 mesin ATM Bitcoin. Menurut data di laman web penjejak ATM Bitcoin, CoinATMRadar, Ibu negeri Rusia, Moscow memegang rekod sebagai pemegang ATM Bitcoin terbanyak di negara itu iaitu 9 mesin ATM, diikuti 5 di Omsk dan Rostov-on-Don termasuk cara pembelian yang lain.
Satu tweet pengguna:
“Terdapat lebih 50 ATM Bitcoin yang beroperasi secara sah di Rusia, menurut kajian.”
Satu lagi tweet dari pengguna DagoBit berkata:
“Oh..50? Di seluruh Rusia? Ini adalah penggunaan meluas!!”
ATM Bitcoin yang dipasang ini mematuhi undang-undang dan mempunyai semua matawang kripto besar seperti Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Monero, ZCash, Dogecoin dan Dash dalam sistemnya, membolehkan pengguna mendagangkan matawang fiat dengan matawang virtual itu.
Kadar pertukaran boleh dilihat dalam Rubble Rusia, US Dollar, Indian National Rupee, dan lain-lain. Rusbit mendominasi ruangan dengan 47% daripada saham pasaran dan memiliki majoriti mesin ATM. Investcoin memegang saham sebanyak 28% diikuti BTC-O-Matic dengan 19%.
Memandangkan status undang-undang aset digital negara itu masih belum jelas, lebih 20 ATM Bitcoin telah disita tahun lepas oleh badan penguatkuasa, Bank Pusat Rusia dalam konteks menghentikan operasi yang melanggar undang-undang.
Tiada perkembangan signifikan sejak kelulusan draf bil yang ditubuhkan sebelum ini – On Digital Financial Asset. Dua bil kripto lain – On Attracting Investments Using Investments Platforms dan On Digital Rights juga diperkenalkan di Parliman Rusia – Duma.
Pravel Kasheninninov sebelum ini telah memanggil kepada perubahan yang signifikan dalam dokumen yang dihantar untuk mempercepatkan proses dupaya rangka undang-undang komprehensif dapat dibentuk untuk matawang kripto. Berikutan dengan ini, pengistilahan yang salah telah diambil nota dan draf itu telah dihantar kembali ke tahap pembacaan tahun yang lalu.
Selain daripada itu, entiti penguatkuasa eksperimen telah ditubuhkan pada minggu ketiga Januari yang membolehkan firma Blockchain dan IT yang dibenarkan menjalankan transaksi matawang kripto.
Pakar ekonomi Rusia dan ahli parlimen Duma, Anatoy Aksakov berkata:
“Undang-undang dalam sandbox, yang saya harap kami akan gunakan dalam sesi parlimen, akan membolehkan syarikat individu atau industri menggunakan instrumen kripto dalam operasi mereka dalam rantau yang tertentu.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!