Default – Above Header Ads

Ripple Mensasarkan Pasaran Pengiriman Wang China bernilai $67 bilion

 

Ripple kini mencari pengurus wilayah untuk melancarkan pejabat baru di Shanghai, China. Startup fintech yang berpusat di San Francisco itu berkata ketua teknologi baru dengan tenaga keusahawanan itu akan mengetuai usaha untuk membawa pejabat antarabangsa itu atas talian, mengembangkan Ripple ke rantau Asia.

Pelantikan baru itu akan membantu membentuk Ripple China untuk mengembangkan senarai RippleNet yang mempunyai 200 bank dan institusi kewangan. Untuk menembusi pasaran China, Ripple mencari profesional yang berpengalaman dengan rekod yang bagus dan rangkaian yang besar. Calon perlu “mempunyai pengalaman dalam bidang pembayaran (dalam bank komersial, bank pusat, pembekal pembayaran, penguatkuasa, etc) dan bagaimana ia berfungsi bukan sahaja di tanah besar China tetapi keseluruhan China.”

China adalah negara kedua di dunia dengan pasaran pengiriman wang bernilai $67 bilion setahun, Menurut World Bank.

Syarikat itu kini mempunyai pejabat di San Francisco, New York, London, Mumbai, Sao Paulo dan Sydney. Perkembangannya ke China adalah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang untuk membina RippleNet sebagai ketua global dalam pembayaran merentasi sempadan, bersaing dengan SWIFT, rangkaian mesej global untul lebih 11,000 bank dan insitusi kewangan.

Pada bulan Januari, Ripple melancarkan Biasiswa Penyelidikan Teknologi Blockchain (BRSP) dengan kerjasama Tsinghua University Institute for Fintech Research, institut akademik yang tertumpu pada fintech di Beijing.

BRSP akan fokus dalam pembangunan teknologi Blockchain dan polisi kawal selia antarabangsa.

Walaupun China menggalakkan Blockchain, ia telah menyenaraikan syarikat kripto pada bulan September 2017 yang dilarang daripada berurusan dengan bank tempatan. Pada Oktober tahun lepas, kerajaan telah melarang acara kripto di lokasi awam dan menutup siaran kripto di aplikasi media sosial WeChat.

Perkembangan blockchain akan dipantau oleh kerajaan. Efektif bermula 15 Februari. penguatkuasa akan mengarahkan syarikat blockchain mendaftarkan nama mereka, dan alamat server di bawah undang-undang “Regulation for Managing Blockchain Information Services.”

Salah satu daripada pembekal perkhidmatan pembayaran teratas China, LianLian, yang menawarkan penyelesaian pemindahan wang domestik dan pembayaran merentasi sempadan, menyertai RippleNet pada Februari 2018.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/02/02/ripple-targets-chinas-67-billion-remittance-market-plans-to-open-new-office-in-shanghai/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.