Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Rangka Undang-undang Baru untuk Penawaran Aset Token Digital Diperkenalkan di Filipina

 

Kerajaan Filipina telah memperkenalkan peraturan baru mengenai Penawaran Aset Token Digital (DATO), menurut sidang media oleh Asia Blockchain and Crypto Association (ABACA) pada 4 Februari.

Peraturan baru itu yang diperkenalkan oleh Cagayan Economic Zone Authority (CEZA) dilaporkan adalah untuk mengawal selia industri kripto dan melindungi pelabur, memberi kesan kepada isu sepeti pemerolehan aset kripto, termasuk token sekuriti dan utilti. CEZA akan menjadi pengawal selia utama, sementara ABACA telah direka sebagai self-regulatory organization (SRO) untuk menguatkuasakan undang-undang baru itu.

Menurut undang-undang baru itu, semua DATO perlu mempunyai dokumen yang mencukupi dengan butiran penawar dan projek, dan juga nasihat dan sijil oleh pakar. Token perlu disenaraikan dalam Offshore Virtual Currency Exchange (OVCE) yang berlesen.

Peraturan itu akan terbahagi kepada beberapa tahap; tahap satu melibatkan pelaburan dan aset tidak melebihi $5 juta yang dibuat dalam token digital; tahap dua dalam julat antara $6-$10 juta, dan tahap tiga adalah untuk pelaburan dan aset melebihi $10 juta.

Pentadbir dan CEO CEZA Raul Lambino dilaporkan memberi komen tentang rangka undang-undang baru itu:

“Ia adalah matlamat kami untuk memberi panduan dan peraturan yang jelas yang boleh menggalakkan inovasi pada masa yang sama memastikan pematuhan oleh peserta dalam ekosistem. Ia adalah harapan kami bahawa inovasi dalam peraturan ini akan membawaw sektor aset digital lebih dekat kepada penggunaan dan penerimaan oleh institusi dan sistem kewangan tradisional.”

Walaupun pelancaran rangka undang-undang itu tidak menyebut tentang peraturan ICO yang diperkatakan oleh penguatkuasa kewangan Filipina, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (PSEC), peraturan baru itu melambangkan langkah ke arah itu.

PSEC pada awalnya mengeluarkan peraturan baru untuk mengawal selia ICO untuk awam di bulan Ogos 2018. Agensi itu mengarahkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Filipina yang ingin menjalankan ICO, atau apa-apa ICO yang menjual token kepada rakyat Filipina, perlu mengemukakan “permohonan penilaian awal” kepada Suruhanjaya untuk megenal pasti sama ada token mereka sekuriti atau tidak.

Pada bulan September 2018, PSEC mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan draf peraturan untuk matawang kripto pada pertengahan bulan, dan mendedahkan bahawa ia bekerja seiring dengan bank pusat, the Bangko Sentral ng Pilipinas, untuk menubuhkan “pengawasan kerjasama.”

Walapun begitu, pada awal tahun 2019, PSEC mendakwa ia belum bersedia untuk mengeluarkan peraturan ICO yang muktamad, mengatakan kelewatan itu disebabkan permohonan daripada pemegang kepentingan untuk lebih masa untuk melihat draf peraturan ICO itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/new-regulatory-framework-for-digital-asset-token-offering-introduced-in-philippines

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.