Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Wall Street akan Mengucapkan Selamat Tinggal kepada Bill Gross

 

Pelabur bersiri dan penyokong kuat Bitcoin, Bill Gross telah mengumumkan persaraannya dari pelaburan bon aktif untuk menguruskan dananya sendiri. Gross, yang digelar “bond king” untuk peranannya dalam perdagangan bon aktif 50 tahun yang lalu, telah mencapai kemasyuran dan populariti untuk nasihatnya dalam pelaburan untuk memilih bitcoin daripada bank pusat.

Menggambarkan bank pusat sebagai “casino” dalam surat pelaburan pada tahun 2016 untuk Janus Henderson Global Unconstrained Fund, Gross membuat gambaran tentang masa depan yang hurhara di mana paradigma kewangan yang sedia ada akan digantikan dengan matawang kripto. 

Tidak mengejutkan, pandangan itu memenanginya hanya segelintir rakan dalam bulatan kewangan mainstream, dan dia telah mengakhirkan kerjayanya sebagai salah satu pelabur berpendapatan tetap yang berjaya di Amerika sejak 50 tahun yang lalu, dengan reputasi sebagai seorang maverick.

Walaupun dia mempunyai pandangan positif terhadap matawang kripto, Gross masih lagi mempunyai pandangan rumit tentang bitcoin, selalunya memuji ia sebagai penyimpanan nilai yang sama dengan emas dan pada waktu lain menggambarkan ia sebagai matawang kripto yang tidak stabil dan tidak sesuai dalam dunia perdagangan moden. Apabila Warren Buffet mengatakan bitcoin adalah “mirage” pada tahun 2016, Gross membalasnya dengan berkata:

“Bitcoin dan teknologi Blockchain yang dirunding dalam kumpulan kecil bank global adalah contoh usaha untuk menstabilkan nilai aset sedia ada dari segi kuasa pembelian di masa hadapan. Emas boleh menjadi satu lagi contoh.”

Walaupun ia tidak jelas sama ada Gross berjaya meyakinkan pelabur untuk meninggalkan pelaburan matawang fiat untuk kripto, impaknya sebagai pelopor dalam pelaburan kripto tidak boleh dinafikan.

Gross, 74, akan menguruskan dana peribadinya dan mengurus organisasi amal keluarganya – The Jeff and Jennifer Gross Family Foundation yang pada tahun 2018 memberi NGO sumbangan berjumlah $21,450,000.

Sumber:

https://www.ccn.com/wall-street-farewell-biggest-bitcoin-bull

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads