Default – Above Header Ads

Aplikasi Wallet Coinbase akan Mendapat Sokongan Bitcoin Minggu Ini

 

Pengguna Coinbase akan boleh mengawal simpanan Bitcoin mereka dari aplikasi wallet firma itu.

Bursa pertukaran yang beroperasi di San Francisco telah mengumumkan berita itu di dalam terbitan blog pada hari Rabu, mengatakan bahawa Coinbase Wallet akan dikemaskini pada minggu hadapan untuk menambah sokongan bitcoin kepada semua pengguna iOS dan Android.

Sokongan Bitcoin akan “diaktifkan sebagai tetapan asal,”Coinbase berkata, bermakna pengguna hanya perlu klik butang “terima” dalam app dan pilih “bitcoin” untuk menerima matawang kripto itu secara langsung ke dalam wallet.

Coinbase Wallet telahpun menyokong Ethereum, ETC, dan “lebih 100,000” token ERC20 dan ERC721 yang dibina di atas ethereum, bursa itu berkata, menambah bahawa ia juga bekerja untuk menambah sokongan untuk bitcoin cash, litecoin dan matawang kripto besar yang lain.

Coinbase menerangkan bahawa dengan aplikasi utama Coinbase, coinbase.com, pengguna boleh membeli matawang kripto dan bursa itu sendiri menyimpan kunci secara berpusat. Tetapi dengan aplikasi Coinbase Wallet, pengguna menjaga kunci persendirian mereka sendiri, yang dienkripsi menggunakan teknologi Secure Enclave untuk perlindungan yang lebih baik.

Aplikasi itu menyokong kedua-dua alamat Segwit dan legacy bitcoin untuk keserasian ke belakang.

Sumber:

https://www.coindesk.com/coinbases-wallet-app-is-getting-bitcoin-support-this-week

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.