Default – Above Header Ads

Litecoin Untuk Implementasi Ciri Privasi, Mungkin Menggunakan MimbleWimble

 

Banyak maklumat yang timbul dalam beberapa hari yang lalu tentang kemungkinan Litecoin implementasi ciri privasi. Charlie Lee, pengasas kripto yang sering dianggap sebagai ‘perak kepada emas Bitcoin’ telah memberi petanda di Twitter tentang arah baru untuk Litecoin.

Mungkin untuk kembali kepada peranan tradisionalnya sebagai ujian untuk Bitcoin, Lee telah menyatakan beberapa kemungkinan untuk menambah privasi dalam transaksi Litecoin. Dia komited untuk membawa fungibility dan Confidential Transactions kepada Litecoin.

Dari segi ekonomi, fungibility adalah kebolehan untuk sesuatu nilai (tidak kira bagaimana ia didefinisikan) untuk bergerak dari pemilik ke pemiliki dengan persamaan maksimum – jumlah X emas adalah sama nilainya dengan satu lagi jumlah X emas.

Lebih banyak transaksi yang privasi menandakan lebih banyak transaksi “fungible” kerana wang digital yang anonymous dan privasi sepenuhnya boleh – tidak seperti Bitcoin – bergerak dari tangan ke tangan tanpa apa-apa tanda kenal pasti dalam blockchain explorer. Jadi ia akan menjadi saling bertukar sepenuhnya – fungible.

Confidential Transactions, atau CT, telah dicipta oleh pembangun Bitcoin awal, Gregory Maxwell, dan adalah cara khusus untuk mengaburi butiran transaksi, termasuk jumlah transaksi dan alamat penerima. Monero sudahpun implementasi CT, dan konsep itu dibina dalam protokol privasi Mimblewimble.

Mimblewimble, yang Lee pertimbangkan untuk implementasi kepada Litecoin adalah protokol blockchain yang agak baru (dari segi blockchain, hanya dicipta pada tahun 2016) yang mencapai tahap privasi yang amat tinggi pada ruangan disk yang amat rendah kosnya. Dua implementasi Mimblewimble, Grin dan Beam baru sahaja dilancarkan.

Nampaknya Lee memikirkan tentang implementasi “soft fork” ciri privasi ke atas Litecoin. Kunci utama soft fork adalah ia boleh serasi ke belakang, jadi ianya tidak diwajibkan untuk pelombong dan operator nod implementasinya.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/litecoin-to-implement-privacy-features-may-use-mimblewimble/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.